- Details
- Bil. Capaian: 1260
17 OKT 2024 - MESYUARAT PUSAT BAHASA
2 OKT 2024 - TAKLIMAT PELAJAR BAHARU ZB03 SESI AKADEMIK 2024/2025
2 OKT - SIRI SEMINAR PEMERKASAAN KEMAHIRAN PENYELIDIKAN
27 SEPT - MAJLIS MERAIKAN STAF CUTI BELAJAR
27 SEPT - CERAMAH THEORY OF COMMERCIALISATION
20 SEPT 2024 - BENGKEL PENULISAN GERAN PENDIDIKAN
ENGLISH UNIT MEETING
English Unit Meeting telah diadakan pada 11 Sept 2024 bertempat di Bilik Sangar Ilmu, Pusat Bahasa. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pn Nur Khadirah Ab Rahman, Ketua Unit Bahasa Inggeris. Mesyuarat membincangkan perancangan aktiviti Unit Bahasa Inggeris bagi tahun 2024/2025. Turut hadir pensyarah Bahasa Inggeris dan Pn Emily Abd Rahman, Ketua Jabatan Pusat Bahasa.
6 SEPTEMBER 2024 - BENGKEL PENULISAN SYSTEMATIC LITERATURE REVIEW - PENULISAN INTRO DAN ABSTRAK SIRI 4
5 SEPTEMBER 2024 - SESI LIBAT URUS AKTIVITI SULAM, UNIT JAMINAN KUALITI AKADEMIK (AQA) BERSAMA FPJB
15-16 OGOS 2024 - PUSAT PENGAMAN MALAYSIA PORT DIKSON NEGERI SEMBILAN - BENGKEL SEMAKAN KURIKULUM KURSUS-KURSUS PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA SAINS SOSIAL (BAHASA DAN KOMUNIKASI SILANG BUDAYA) (ZB03) DAN KURSUS-KURSUS TERAS BAHASA TAWARAN PUSAT BAHASA (PB)
8 OGOS 2024 - SATU PERBINCANGAN ANTARA PUSAT BAHASA (PB) DAN INSTITUT TERJEMAHAN & BUKU MALAYSIA (ITBM)
Pada 8 Ogos 2024 (Khamis) bermula jam 10.00 pagi sehingga 11.45 pagi, satu perbincangan antara Pusat Bahasa dan Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) telah dilaksanakan bertempat di Bilik Mesyuarat, Tingkat 5 Institut Terjemahan & Buku Malaysia Wisma ITBM, Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Sesi perbincangan dihadiri oleh YBhg. Prof. Dr. Jowati Juhary – Pengarah, Pusat Bahasa, YBrs. Lt Kol Hilmi Azani Husain - Timbalan Pengarah (Akademik dan Prasiswazah), YBrs. Dr. Erdawati Bakar - Timbalan Pengarah (Penyelidikan dan Pascasiswazah), Puan Emily Abd Rahman - Ketua Jabatan, Jabatan Bahasa dan Budaya, Puan Nur Khadirah Ab Rahman - Ketua Unit Bahasa Inggeris dan Dr. Najjah Salwa Abd Razak - Pensyarah Kanan. Sementara itu, pihak ITBM yang menghadiri mesyuarat terdiri daripada Encik Khairulnizam Mohamad Yunis - Ketua Jabatan Penerbitan, Encik Ahmad Shuaimi Yunos - Ketua Bahagian Latihan & Kejurubahasaan, Puan Surianee Mahmud - Ketua Bahagian Khidmat Penerbitan Buku, Puan Nur Hanani Laidin - Ketua Bahagian Hak Cipta, Datin Noraniza Abd Aziz Modul Penolong Pengurus Bahagian Pembangunan dan Puan Nurul Hidayah Mohamad Abdillah - Penolong Pengurus Latihan. Pertemuan bermakna antara kedua-dua pihak berjaya mempertimbangkan tiga aspek penting daripada agenda yang dibincangkan iaitu penganjuran kursus Bahasa Melayu kepada pengurusan tertinggi UPNM bagi mendukung kelestarian Bahasa Melayu Tinggi. Seterusnya, perbincangan adalah berkisar tentang penganjuran kursus dan latihan kepada para pensyarah/pegawai Pusat Bahasa, UPNM serta kerjasama penterjemahan dan penerbitan buku. Semoga kerjasama antara kedua-dua pihak membuahkan hasil yang memberi manfaat bukan sahaja kepada UPNM dan ITBM tetapi kepada masyarakat dan generasi akan datang.
24 JULAI 2024 - SIRI SEMINAR PEMERKASAAN KEMAHIRAN PENYELIDIKAN
23 JULAI 2024 - BENGKEL PENULISAN MODUL PENGAJARAN
28 JUN 2024 - BENGKEL PENULISAN SYSTEMATIC LITERATURE REVIEW - FINAL TOUCH UP SIRI 5
PERTANDINGAN NADWAH ILMIAH BAHASA ARAB 2024 PERINGKAT UPNM
Pada 4 Jun 2024, Majlis Pertandingan Nadwah Ilmiah Bahasa Arab 2024 Peringkat UPNM telah dilaksanakan di Dewan Bestari, UPNM. Pertandingan Nadwah Ilmiah Bahasa Arab peringkat akhir kali ini melibatkan penyertaan empat kumpulan. Majlis anjuran Persatuan Bahasa Arab dengan kerjasama Pusat Bahasa ini memberi peluang penting kepada pelajar terhadap pentingnya praktis bertutur dalam memantapkan kemahiran bahasa yang dipelajari. Manifestasi praktis tersebut dapat ditonjolkan menerusi program Nadwah Ilmiah atau forum Bahasa Arab.
Selain itu, program sebegini dapat meningkatkan keyakinan pelajar, kemampuan memberikan idea bernas berdasarkan tajuk yang dibincangkan serta sikap kerjasama dalam kumpulan. Semoga program sebegini diteruskan pada masa akan datang.
BENGKEL PENULISAN
Pada 31 Mei 2024, Pusat Bahasa UPNM telah menganjurkan Bengkel Penulisan Sorotan Literatur Bersistematik (Systematic Literature Review) atau dikenali sebagai SLR siri 2/2024. Penceramah undangan adalah YBrs. Dr. Hayrol Azril bin Mohamed Shaffril, yang merupakan Pengawai Penyelidik Kanan Institut Pengajian Sains Sosial, Universiti Putra Malaysia. Bidang kajian Dr. Hayrol ialah Sains Sosial khususnya yang berkaitan dengan perubahan iklim melibatkan populasi nelayan (climate change and fisherman). Beliau berpengalaman luas dalam menghasilkan penerbitan berimpak tinggi termasuk menerbitkan makalah-makalah SLR sejak dasawarsa yang lalu. Pelbagai tips telah diperoleh dalam bengkel kedua ini dan para peserta menantikan bengkel seterusnya untuk mendapat manfaat secara optimum daripada Dr. Hayrol. Siri keempat bengkel akan diadakan pada 14 Jun 2024 dan berakhir pada 5 Julai 2024.
BENGKEL PENULISAN
Pada 17 Mei 2024, Pusat Bahasa UPNM telah menganjurkan Bengkel Penulisan Sorotan Literatur Bersistematik (Systematic Literature Review) atau dikenali sebagai SLR siri 2/2024. Penceramah undangan adalah YBrs. Dr. Hayrol Azril bin Mohamed Shaffril, yang merupakan Pengawai Penyelidik Kanan Institut Pengajian Sains Sosial, Universiti Putra Malaysia. Bidang kajian Dr. Hayrol ialah Sains Sosial khususnya yang berkaitan dengan perubahan iklim melibatkan populasi nelayan (climate change and fisherman). Beliau berpengalaman luas dalam menghasilkan penerbitan berimpak tinggi termasuk menerbitkan makalah-makalah SLR sejak dasawarsa yang lalu. Pelbagai tips telah diperoleh dalam bengkel kedua ini dan para peserta menantikan bengkel seterusnya untuk mendapat manfaat secara optimum daripada Dr. Hayrol. Siri ketiga bengkel akan diadakan pada 31 Mei 2024 dan berakhir pada 5 Julai 2024.
KUNJUNGAN HORMAT
15 Mei 2024 telah diadakan Kunjungan Hormat untuk berjumpa Pengarah, Jabatan Arah Pendidikan, ATM. Tujuan utama adalah untuk mempromosi semula ZB03 dan mempromosi TESL. Semoga PB dapat lebih ramai pelajar dalam kalangan Pegawai Kadet. Terima kasih.
BENGKEL CEFR
Pada 14 dan 15 Mei telah berlangsung bengkel CEFR untuk semua kursus BI. Terima kasih kepada Task Force CEFR yang telah bertungkus lumus membangun silibus berkaitan.
HARI INOVASI DAN MAJLIS ANUGERAH (HIMA) 2024.
14 Mei 2024 - Tahniah diucapkan kepada Puan Masdini Harina binti Ab Manan, Cik Sabihah binti Abdul Kadir dan Cik Wan Anis Ilani binti Wan Kamaruddin atas penerimaan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) sempena hari inovasi dan Majlis Anugerah (HIMA) 2024. Tahniah kepada Dr. Najjah Salwa binti Abd Razak kerana menerima Anugerah Penyeliaan Terbaik (Projek Sarjana Muda).
BENGKEL PENGUCAPAN AWAM BAHASA INGGERIS
PUSAT BAHASA UPNM ANJUR BENGKEL PENGUCAPAN AWAM BAHASA INGGERIS DI MAKTAB TENTERA DIRAJA
Pada 22 Mac 2024 - Pusat Bahasa UPNM telah menganjurkan Bengkel Pengucapan Awam Bahasa Inggeris di Maktab Tentera. Bengkel ini bertujuan untuk memperkasakan pengucapan Bahasa Inggeris dalam kalangan Putera Maktab Tentera Diraja. Selain itu, bengkel ini merupakan inisiatif pendekatan Highly Immersive Programme (HIP) yang dilaksanakan melalui konsep kolaborasi Outreach dengan pihak Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Program pengucapan awam ini disertai oleh 236 orang Putera Tingkatan 5 Maktab Tentera Diraja. Seramai 4 orang pensyarah Pusat Bahasa terlibat selaku Panel Bahasa Inggeris termasuklah Prof. Madya Dr Norshima binti Zainal Shah, Dr Mariann Edwina a/p Mariadass, Lt Kol Zazali bin Makding dan Lt Kol Hilmi Azani bin Husain. Program ini turut dibantu oleh 67 orang pelajar UPNM Tahun 1 dan 2 jurusan Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial (Bahasa dan Komunikasi Silang Budaya) ZB03 sebagai fasilitator.
Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat bagi menjayakan program ini. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Prof. Dr. Jowati binti Juhary, Pengarah Pusat Bahasa UPNM di atas sokongan padu beliau terhadap program ini.
BENGKEL PENULISAN
Pada 3 Mei 2024, Pusat Bahasa UPNM telah menganjurkan Bengkel Penulisan Sorotan Literatur Bersistematik (Systematic Literature Review) atau dikenali sebagai SLR siri 1/2024. Penceramah undangan adalah YBrs. Dr. Hayrol Azril bin Mohamed Shaffril, yang merupakan Pengawai Penyelidik Kanan Institut Pengajian Sains Sosial, Universiti Putra Malaysia. Bidang kajian Dr. Hayrol ialah Sains Sosial khususnya yang berkaitan dengan perubahan iklim melibatkan populasi nelayan (climate change and fisherman). Beliau berpengalaman luas dalam menghasilkan penerbitan berimpak tinggi termasuk menerbitkan makalah-makalah SLR sejak dasawarsa yang lalu. Pelbagai tips telah diperoleh dalam bengkel pertama ini dan para peserta menantikan bengkel seterusnya untuk mendapat manfaat secara optimum daripada Dr. Hayrol. Siri kedua bengkel akan diadakan pada 17 Mei 2024 dan berakhir pada 5 Julai 2024.
JAMUAN RAYA
Sekitar jamuan raya yang dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Bahasa dan Komunikasi (PMBK), UPNM 26 april 2024
PAMERAN DEFENCE, SECURITY AND SUSTAINABILITY (DSS)
PB hebat di Pameran DSS 2024
25 Apr 2024 – Sempena Pameran Defence, Security and Sustainability (DSS) 2024 yang berlangsung di Dewan Zulfaqar UPNM, Pusat Bahasa telah mengambil bahagian untuk mempamerkan kerja penyelidikan dan memberi pendedahan serta inspirasi mengenai aktiviti penyelidikan untuk idea penyelidikan yang baharu.
Dalam DSS dengan tema “Human-Centered Discovery and Innovation”, PB yang diwakili oleh Pn Surinder dan Pn Mardziah telah memenangi Anugerah Terbaik Kategori Non-Applied Science and Technology. Manakala pingat emas turut diungguli oleh Pn Surinder, Pn Mardziah, Pn Asniah, Pn Masdini, Dr. Najjah, Prof. Madya. Dr. Norshima, Pn. Norashikin, Dr. Hasrul dan Aisyah Aqilah (pelajar Sarjana PB). PB turut cemerlang apabila Pn Afifah, Pn Surinder dan Dr. Erda membawa pingat perak hasil penyelidikan mereka.
Syabas dan tahniah atas kecemerlangan dan kejayaan ini.
MESYUARAT PUSAT BAHASA SIRI 2/2024
19 Apr 2024 – Pusat Bahasa telah mengadakan mesyuaratnya buat kali ke-2 bertempat di Makmal Audio, Bangunan Bestari UPNM. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Prof. Dr. Jowati Juhary, Pengarah Pusat Bahasa bertujuan untuk membincangkan pengurusan dan pentadbiran akademik, kebajikan staf serta laporan dari semua Jawatankuasa yang dilantik.
PUSAT BAHASA SAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI 1445H
19 Apr 2024 – Sempena ketibaan bulan Syawal tahun 1445H, Pusat Bahasa telah mengadakan jamuan Hari Raya Aidil Fitri di perkarangan Pejabat Pentadbiran Pusat Bahasa, Bangunan Bestari UPNM. Majlis yang dilangsungkan bukan sahaja dapat menikmati juadah lazat yang disediakan malah ianya menambahkan semangat ukhwah dan persahabatan di antara semua staf Pusat Bahasa.
Pembentangan Kertas Usulan Penyelidikan Bil 1/2024
Sesi pembentangan Kertas Usulan Penyelidikan bagi pelajar Pascasiswazah, Pusat Bahasa Bil 1/2024 telah diadakan pada 22 Mac 2024 secara dalam talian. Pelajar program Doktor Falsafah, Jane Xavierine diselia oleh YBhg. Prof. Madya Dr. Norshima Zainal Shah selaku Penyelia Utama dan YBrs Dr. Mohd Hasrul Kamarulzaman selaku Penyelia Bersama. Pelajar telah membentangkan kajian yang bertajuk Multimodality Analysis in Tik Tok Videos. Pembentangan beliau telah dinilai oleh YBrs. Dr. Ahmad Thamrini Fadzlin Syed Mohamed dan YBrs. Dr. Belinda Marie Balraj. Tahniah dan Selamat Maju Jaya diucapkan.
KELAS BAHASA TURKI
Kelas Bahasa Turki Siri 1/2024 telah berjaya dilaksanakan selama 3 minggu mulai 19 Feb hingga 8 Mac 2024. Kelas yang ditawarkan kepada staf UPNM dihadiri oleh 11 orang staf dari Pusat Bahasa dan Fakulti Pengajian Pengurusan Pertahanan. Pembelajaran Bahasa Turki adalah hasil kerjasama dan persetujuan Memorandum Persefahaman (MOU) di antara Yunus Emre Enstitüsü (YEE) dan UPNM. Mulai Semester 1 Sesi 2024/2024, kursus Bahasa Turki akan dimasukkan sebagai kursus bahasa asing dalam kaledar akademik.
Teşekkür ederim, hocam Bahadir.
SEMINAR PEMERKASAAN KEMAHIRAN PENYELIDIKAN
07 MAC 2024 - Siri Seminar Pemerkasaan Kemahiran Penyelidikan
SEMINAR PEMANTAPAN BAHASA INGGERIS
28 Feb 2024 - Seminar Pemantapan Bahasa Inggeris 2024 (English Language Enhancement Seminar 2024) telah berjaya diadakankan pada 28 Februari 2024 di Dewan Theatrette dan Dewan Bestari UPNM.
Seminar yang dihadiri seramai 540 para pelajar telah disampaikan oleh Encik Choo Wan Yat yang merupakan pensyarah Bahasa Inggeris yang berpengalaman luas. Beliau juga adalah pakar rujuk bagi Malaysia University English Test (MUET).
Seminar bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai tatacara pengendalian MUET dan teknik menjawab MUET dalam 4 elemen iaitu membaca, menulis, mendengar dan lisan.
Turut hadir adalah pensyarah dari Pusat Bahasa dan jawatankuasa pelajar Asasi.
26-28 Feb 02024 - Final-year students undergoing the Aptis Test administered by the British Council, assisted by a team of seven proficient English language instructors serving as invigilators.
MESYUARAT UNIT BAHASA INGGERIS PUSAT BAHASA
26 Feb 2024 – Mesyuarat Unit Bahasa Inggeris Pusat Bahasa UPNM telah diadakan di Bilik Sanggar Ilmu dan dihadiri oleh kesemua tenaga pengajar Bahasa Inggeris.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Puan Nur Khadirah Ab Rahman, Ketua Unit Bahasa Inggeris (KUBI) membentangkan perkara berkaitan English Language Aktivities (ELA), perancangan tahun 2024, pemilihan koordinator kursus dan ujian APTIS (Assess English Test).
Turut hadir termasuklah Lt Kol Hilmi Azani Husain, Timbalan Pengarah PB dan Pn Emily Abd Rahman, Ketua Jabatan PB.
STAF PUSAT BAHASA HADIR HARI KRAF KEBANGSAAN 2024
26 Feb 2024 – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Kraftangan Malaysia telah menganjurkan Hari Kraf Kebangsaan (HKK) tahun 2024 mulai 21 Feb hingga 4 Mac 2024 bertempat di Kompleks Kraf Kuala Lumpur.
HKK bertujuan menghargai sumbangan usahawan dan penggiat kraf dalam membangunkan serta memperkasa produk kraf Malaysia. Selain itu ianya juga bertujuan untuk membantu pengusaha kraf menjana pendapatan serta meningkatkan taraf sosioekonomi mereka. Antara aktiviti menarik yang boleh diperoleh di HKK termasuklah Jualan Produk Kraf, Pameran Tokoh Kraf Negara 2024 dan lain-lain.
Sepanjang HKK berlangsung, pengunjung turut didedahkan dengan demonstrasi pembuatan produk kraf menggunakan rotan, kayu, mengkuang, ribu-ribu, tekatan, dan manik.
Seramai 4 orang staf Pusat Bahasa telah menghadiri HKK termasuklah Lt Kol Zazali, Pn Nisma, Pn Suhaila dan Pn Muna.
21 Feb 2024 - KURSUS PENYELIAAN BERKESAN
20 Feb 2024 - MESYUARAT PUSAT BAHASA BIL.1
14 Feb 2024 - MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA MEDIA & PUBLISITI PUSAT BAHASA
- Details
- Bil. Capaian: 1828
13 Dec 2023 - LANGUAGE RESEARCH AND INNOVATION COMPETITION LaRIC 2023
30 Nov 2023 - "Coffee Talk" bersama Dr. Melissa Shamini Perry
22 Nov 2023 -Program Theatre Night 2023 merupakan salah satu aktiviti yang dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Bahasa dan Komunikasi (PMBK), dengan penyertaan daripada tenaga akademik dan pelajar-pelajar UPNM bagi menyemarakkan kegiatan dan aktiviti silangbudaya.
20 OKT 2023 - JKPTSM SEMINAR SERIES LLS3406 MINI THESIS WRITING , SEMINAR 2
20 OKT 2023 - CERAMAH GARIS PANDUAN PENGANJURAN PROGRAM PEMINDAHAN ILMU
13 OKT 2023 - JKPTSM SEMINAR SERIES LLS3406 MINI THESIS WRITING , SEMINAR 1
29 SEPT 2023 - MEMORANDUM OF UNDERSTANDING SIGNING CEREMONY BETWEEN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA (UPNM) & YUNUS EMRE INSTITUTE (YEI)
13 September 2023 - "Coffee Talk" bersama Dr Najjah Salwa Bt Abd Rasak, Pn Nurhidayati Bt Mohd Rafy dan Cik Sabihah Bt Abdul Kadir
25 Ogos 2023 - BENGKEL PENULISAN KERTAS USULAN PENYELIDIKAN DAN
PEMBENTUKAN PERMASALAHAN KAJIAN EFEKTIF
16 Ogos 2023 - BENGKEL PENULISAN ARTIKEL ILMIAH BERIMPAK TINGGI
2 & 9 Ogos 2023 - KURSUS PENYELIAAN BERKESAN
26 Julai 2023 - BENGKEL PENULISAN SYSTEMATIC LITERATURE REVIEW
21 Julai 2023 - "Coffee Talk" bersama Pm Dr Norshima Bt Zainal Shah
18 Julai 2023 - BENGKEL SEMAKAN KANDUNGAN KURIKULUM DAN BAHAN PENGAJARAN KURSUS-KURSUS TERAS BAHASA INGGERIS BAGI STAF AKADEMIK UNIT BAHASA INGGERIS - Tujuan: Bengkel ini diadakan bertujuan untuk menyemak dan memastikan kandungan kurikulum dan bahan pengajaran adalah sejajar dengan tahap dan standard CEFR
7 Julai 2023 - BENGKEL PERJAWATAN GURU BAHASA (DG) - Objektif : Membuat penambahbaikan bagi garis panduan kenaikan pangkat, haluan kerjaya serta borang LPPT bagi semua Guru Bahasa.
Seluruh warga Pusat Bahasa mengucapkan sekalung tahniah kepada penerima-penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Anugerah Akademik Cemerlang (AAC) pada Hari Inovasi dan Majlis Anugerah (HIMA) tahun 2023, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang diadakan pada 9 Jun 2023 di Dewan Zulfakar, Bangunan Tuah UPNM. Semoga kejayaaan anda menjadi inspirasi kepada Pusat Bahasa untuk terus cemerlang di masa hadapan
Majlis Penandatanganan Memorandum Persefahaman (Mou) Antara ITBM Dan UPNM
6 Jun 2023
Satu sesi penandatanganan memorandum persefahaman (MoU) antara Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) dengan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah diadakan di ITBM bagi menjalin hubungan kerjasama strategik yang melibatkan usaha dalam membangunkan modal insan melalui program latihan dalam bidang terjemahan, kejurubahasaan dan penerbitan.
Memorandum ini ditandatangani oleh YBhg. Leftenan Jeneral Datuk Hasagaya Bin Abdullah selaku Naib Canselor UPNM dan En. Shakri bin Abdullah selaku Ketua Pegawai Eksekutif ITBM. Majlis ini disaksikan oleh YBhg. Prof. Dato' Ts. Dr. Ahmad Mujahid Bin Ahmad Zaidi, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UPNM dan En. Ahmad Shuaimi Bin Yunos, Ketua Jabatan Penerbitan dan Jualan Buku ITBM.
Dengan temerterainya momorandum ini, UPNM dan ITBM dapat merancang dan melaksanakan aktiviti pembangunan modal insan, latihan, khidmat penerbitan serta penghasilan produk yang dapat memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.
Semoga jalinan usaha sama yang akan dilaksanakan ini dapat memberi peluang kepada UPNM dan ITBM untuk meneroka bidang baharu yang memberi impak yang besar serta berdaya saing.
26 Mei 2023 "Coffee Talk" bersama Joshua Adam Wentz
08 Mei 2023 Jamuan Raya FPJB - Pusat Bahasa
07 April 2023 "Coffee Talk" bersama Lt Kol Zazali Makding
17 Mac 2023, Bengkel Pemurnian Skrip Drama Pentas
2 Mac 2023, Pra Bengkel Pemurnian Skrip Drama Pentas
20 Januari 2023 -English Language Showcase Poster Competiton - Pertandingan ini telah disertai oleh 39 kumpulan pelajar yang sedang mengambil English for Academic Writing (LLE 3012). Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk meningkatkan daya saing dan komitmen dikalangan pelajar serta mencungkil bakat inovasi dan kreativiti masing-masing. Pemenang kumpulan tempat pertama akan menerima wang tunai RM200, tempat kedua wang tunai RM150, tempat ketiga wang tunai RM100 serta 10 kumpulan akan menerima saguhati RM50.
06 Januari 2023, Bengkel Pemurnian Resume dan Surat Iringan
untuk pelajar-pelajar tahun tiga Sarjana Muda Sains Sosial (Bahasa dan Komunikasi Silang Budaya).
- Details
- Bil. Capaian: 1939
Selain daripada itu, PB juga menawarkan kursus untuk Pusat Asasi Pertahanan seperti Foundation English dan English for Academic Reading.
Foundation English
This course emphasises on the integration of four language skills, namely listening, speaking, reading and writing. This integration of skills will assist students to meet academic requirements as well as to prepare them for the Malaysian University English Test (MUET). The course requires students to read and listen to various theme-based articles, to extract information and to present views and points, in groups and as an individual.
English for Academic Reading
The course prepares students for the skills needed to perform academic tasks. It is a reading-based course; however other language skills are also integrated. Through various tasks, students will practice skills such as looking for information from various sources (print, the Internet etc.), extracting information from different texts, making appropriate notes of information obtained, expanding notes into coherent extended texts and presenting information as well as giving viewpoints in an oral presentation. The tasks assigned will be in the form of individual and group work projects that can develop students’ skills in time management, project management, teamwork and group interaction.
- Details
- Bil. Capaian: 2085
✨ TERBUKA KEPADA SEMUA ✨
⏰ STROKE AMONG YOUNG PEOPLE ⏰
? Tarikh: 10 Januari 2022 (Isnin)
⏰ Masa: 3pm - 4pm
?️Platform: Google Meet (Klik link di pautan)
https://meet.google.com/ehy-eibd-fwj
AYUH BERSAMA IMARAHKAN KESEDARAN TENTANG STROK DI KALANGAN REMAJA
#SharingIsCaring #WeLoveUPNM #PusatBahasaUPNM #SULAM #LindungDiriLindungSemua #KitaJagaKita
14 Januari 2022 - Pusat Bahasa UPNM telah menganjurkan Bengkel Pemurnian Kertas Usulan Penyelidikan Permohonan Geran 2022 Siri II peringkat FPJB bersama Fasilitator Penilai Dalaman bagi Kluster Sains Sosial.
PELAJAR UPNM MENYANTUNI PESAKIT STROKE DI WAD REHABILITASI NEUROLOGI HOSPITAL REHABILITASI CHERAS (HRC)
15 Januari 2022 - Satu aktiviti yang melibatkan pelajar Projek SULAM (Service Learning Malaysia; University for Society) Pusat Bahasa UPNM di bawah kelolaan PM Dr. Norshima binti Zainal Shah telah dilakukan bersama pesakit stroke di Wad Rehabilitasi Neurologi HRC.
24 Januari 2022 - Prof. Madya Dr. Norshima Binti Zainal Shah, Lt Kol Hilmi Azani Bin Husain, Dr. Erda Wati Bin Bakar dan Dr. Najjah Salwa Binti And Razak telah menghadiri mesyuarat 'MOU' bersama Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) di Wisma ITBM, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
Pusat Bahasa (PB) dan UPNM Holdings telah mengadakan satu mesyuarat untuk mengusahakan satu program mengajar Bahasa Inggeris untuk pelajar-pelajar Cina dari China. Turut hadir dari wakil Pusat Bahasa ialah Pengarah PB Prof Madya Dr Norshima Zainal Shah, Timbalan Pengarah Akademik PB Lt Kol Hilmi Azani Husain, pensyarah PB Cik Wan Anis Ilani Wan Kamaruddin, Puan Masdini Harina Abd Manan dan Puan Norashikin Sahol Hamid. Kerjasama ini juga turut melibatkan usaha sama bersama Institut Pengajian Eksekutif UPNM.
Kempen Derma Darah telah dianjurkan oleh pihak universiti pada 25 hingga 26 Januari 2022 sebagai inisiatif bagi menggalakkan staf dan para pelajar untuk menderma darah dan sekaligus membantu menyelamatkan nyawa. Staf dan pelajar Pusat Bahasa (PB) juga turut menyertai Kempen Derma Darah tersebut.
Tahniah kepada Lt Kol Enock a/l Amalanathan yang baru sahaja tamat pengajian dalam Doktor Falsafah di Pusat Bahasa UPNM. Tahniah juga kepada penyelia utama Lt Kol Surjeet Singh a/l Peara Singh Jeggy. Semoga terus maju dan berjaya. Jumpa di Konvo UPNM 2022.
Lawatan Pusat Bahasa dan Pusat Jaringan Akademik dan Antarabangsa UPNM ke Kedutaan Republik Tajikistan
Assalamualaikum dan selamat sejahtera, YBhg. Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan dijemput menghantar artikel atau makalah akademik untuk penerbitan dalaman Pusat Bahasa. Tarikh akhir penghantaran draf pertama adalah pada 25.03.2022 (Jumaat). Para pensyarah dan guru bahasa juga dialu-alukan untuk menghantar hasil kerja pelajar seliaan PSM yang lengkap dan berkualiti untuk diterbitkan. Emel boleh dirujuk untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan penerbitan. Segala pertanyaan lanjut boleh dihantar kepada En Mohd Shafiq atau Dr Hasrul. Terima kasih.
Pada 09 Februari 2022, Pusat Bahasa dan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Perhubungan Antarabangsa) UPNM telah mengadakan Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan dan Pelancaran Buku Sasterawan Di Universiti@UPNM. YBhg. Dato’ Dr Hj Anwar Ridhwan telah dilantik sebagai Profesor Adjung di UPNM dan watikah perlantikan beliau telah disampaikan oleh YBhg. Lt Jen Datuk Hasagaya Abdullah. Sebanyak tiga buah buku telah dilancarkan dalam majlis ini iaitu buku yang bertajuk ‘Bicara Buah-Buah Di Butala Emas’, sebuah Antologi Cerpen Karyawan UPNM, ‘Gapura Sukma’, sebuah Antologi Puisi Karyawan UPNM dan sebuah naskhah eksklusif yang dikarang oleh Dato’ Dr Hj Anwar Ridhwan sendiri iaitu ‘Jalan Kenangan Menuju Anugerah Sastera Negara’. Majlis ini turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran staf UPNM dari pelbagai jabatan dan fakulti serta mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh MKN.
Bengkel Penulisan Skrip Drama Pentas Sasterawan Di Universiti@UPNM
Pusat Bahasa dan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Perhubungan Antarabangsa) UPNM telah adakan satu bengkel penulisan skrip drama pentas untuk staf UPNM. Bengkel ‘Penulisan Skrip Drama Pentas bersama Sasterawan Negara’ kali ini diadakan untuk mengetengahkan YBhg. Sasterawan Negara Dato’ Dr Mohd. Anuar bin Hj. Ridhwan sebagai penasihat program Sasterawan Di Universiti@UPNM. Bengkel ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta berkenaan asas penghasilan skrip drama pentas berkualiti di mana skrip-skrip yang dihasilkan akan dibukukan. Penceramah jemputan kali ini ialah Puan Roziah Adama dari Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).
27.05.2022, "Coffee talk" bersama Profesor Dr Jowati Bt. Juhary
31.05.2022,Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri bersama
Pusat Bahasa, NIEEd, Pusat Islam dan Pusat Kepimpinan dan Pembangunan profesional.
16.06.2022, Majlis serah terima tugas Pengarah Pusat Bahasa
24 Jun 2022, Majlis Anugerah Dekan Pusat Bahasa UPNM
28.07.2022, "Coffee talk" bersama
Pn Afifah Quraishah Bt. Abdul Nasir dan En Muhammad Shafiq B. Azid
29 Julai 2022, Seminar Penghasilan Hak Cipta Dan Cap Dagang Bagi Tujuan Pengkomersialan.
18 Ogos 2022, Pra Bengkel Siri1 Retreat Akademik PB 2022
19.08.2022, "Coffee talk" bersama
Dr. Ahmad Thamrini Fadzlin Bin Syed Mohamed dan Dr. Mariann A/P Mariadass
25 Ogos 2022, Pra Bengkel Siri2 Retreat Akademik PB 2022
29-30 Ogos 2022, Bengkel Semakan Kurikulum ZB03 & Kursus Teras Tawaran Pusat Bahasa
di Pusat Latihan LKIM Bagan Lalang, Selangor.
07.09.2022, Majlis serah terima tugas Staf Pentadbiran Pusat Bahasa
28.09.2022, Majlis Meraikan Staf Cuti Belajar
30.09.2022, "Coffee talk" bersama LT Kol (B) Profesor Madya Dr Surjeet Singh A/L Peara Singh
06.10.2022, Perbincangan Program Sasterawan Negara @ Perpustakaan Jeneral Tun Ibrahim UPNM
07.10.2022, Bengkel Merapatkan Jurang di antara Tentera dan Awam.
28.10.2022, "Coffee talk" bersama
Pn. Surinder Kaur A/P Satwant Singh dan Dr. Fazillah Bt. Sulaiman
10.11.2022, Majlis Suai Kenal Bersama Pensyarah Tamu
11.11.2022, Sambutan Hari Lahir Staf Pusat Bahasa
14-16.11.2022, Program Minggu Silang Budaya Pusat Bahasa
24.11.2022, Sambutan Hari Lahir Pengarah dan Staf Pusat Bahasa
29 Disember 2022, ANUGERAH PENERBITAN DAN ANUGERAH INOVASI DAN PENYELIDIKAN TAHUN 2022.
Kedua-dua anugerah ini diperkenalkan oleh Jawatankuasa Penyelidikan dan Penerbitan buat pertama kali pada tahun 2021 di mana pemenang bagi Anugerah Penerbitan Tahun 2021 adalah Prof. Dr. Jowati Juhary manakala Anugerah Inovasi dan Penyelidikan Tahun 2021 telah dimenangi oleh Dr. Erda Wati Bakar. Penanugerahan ini merupakan salah satu strategi dalam Pelan Tindakan Strategik Penyelidikan Pusat Bahasa 2020-2025 bagi meningkatkan motivasi serta memupuk minat yang berterusan di kalangan tenaga akademik dalam menjalankan penyelidikan dan berkongsi hasil penyelidikan melalui penulisan artikel ilmiah berimpak tinggi. Oleh itu, pada tahun 2022, dengan semangat dan objektif yang sama, Jawatankuasa Penyelidikan dan Penerbitan telah mengumpul kesemua data penyelidikan dan penghasilan artikel penerbitan oleh tenaga akademik Pusat Bahasa dan telah bersetuju untuk memperakui kedua-dua pemenang bagi anugerah berikut:
a. Anugerah Penerbitan Tahun 2022 – Prof Dr. Jowati Juhary
b. Anugerah Inovasi dan Penyelidikan – Dr. Mariann Edwina Maridass.
Tahniah diucapkan kepada kedua-dua pemenang dan semoga kemenangan mereka menjadi pembakar semangat kepada yang lain untuk terus gigih dengan melipat gandakan usaha dan memacu tenaga dalam usaha mencapai kecemerlangan serta membina keupayaan untuk menghasilkan penyelidikan yang bermutu dan berimpak tinggi.
- Details
- Bil. Capaian: 18273
Selamat Datang ... dan Salam Keluarga Malaysia!
Pusat Bahasa (PB) adalah antara pusat akademik termuda di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia. Pada awal penubuhannya, PB dikenali sebagai Pusat Pengajian Umum dan Bahasa (PPUB). Walau bagaimanapun, disebabkan penstrukturan semula, satu jabatan iaitu Jabatan Kenegaraan dan Ketamadunan telah dipindahkan ke satu fakulti yang lain mulai 1 Jun 2012.
PB menyasarkan untuk mempromosi pengetahuan bahasa tanpa sempadan dan kompetensi yang diperlukan oleh bakal pegawai tentera dan pemimpin muda di Malaysia. Kursus-kursus yang ditawarkan oleh PB adalah bertaraf wajib universiti seperti kursus Bahasa Inggeris dan Bahasa Asing (Jepun, Arab, Mandarin, Rusia, Sepanyol, dan Perancis). Pada masa akan datang PB bercadang menawarkan lebih banyak kursus-kursus yang berkaitan seperti pemikiran kritis, kesusasteraan bahasa, falsafah dan sebagainya.
PB mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ahli jabatan yang telah berpindah ke fakulti baharu. Dengan perpindahan ini, PB kini mempunyai 40 staf akademik dan 7 staf pengurusan serta sokongan. 2022 akan menyaksikan perkembangan yang lebih sihat dalam organisasi PB.
KATA-KATA ALUAN PENGARAH
Bismillahirahmanirahim.
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.
Pusat Bahasa (PB) sebagai pusat yang bertanggungjawab dalam ilmu bahasa, budaya dan komunikasi, bercita-cita untuk menjadi pusat kecemerlangan ilmu tanpa sempadan yang menyumbang kepada pencapaian akademik dan pembangunan sahsiah diri para graduan. PB bukan sahaja menawarkan satu program akademik, Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial (Bahasa dan Komunikasi Silang Budaya) (ZB03), malahan terus mengorak langkah dengan penawaran program pada peringkat sarjana dan doktor falsafah.
Warga PB berhasrat untuk menghasilkan graduan yang mahir dan berpengetahuan dalam bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa utama di dunia. Kami di PB komited dalam penyediaan kemudahan dan perkhidmatan pendidikan bahasa yang terbaik kepada para pelajar. Pada masa yang sama, kami juga sedang menyusun strategi dalam semua kegiatan pengajaran dan pembelajaran bagi terus memaknai dunia pendidikan yang pelbagai dan kompleks. Natijahnya para graduan, sarjana dan pakar dalam pengajian bahasa dan bidang pendidikan akan mempunyai asas yang kukuh selaku penggerak bahasa dan budaya yang berpotensi untuk menghadapi arus cabaran dan tuntutan zaman moden
Kepada pelajar-pelajar UPNM, kursus-kursus yang ditawarkan di PB akan membantu pembinaan sahsiah diri, pemikiran intelektual serta pembangunan modal insan yang kompeten di peringkat global. Sebagai bakal pegawai tentera dan bakal peneraju sektor awam dan swasta, kemahiran dan pengetahuan bahasa yang mantap amat diperlukan dalam mentransformasi bakal graduan sebagai leaders of character di semua peringkat dalam masyarakat. Dengan keupayaan dalam pelbagai cabang ilmu bahasa, kami percaya para pelajar akan terus berusaha gigih untuk mencapai kejayaan yang cemerlang
Kepada pelajar program ijazah PB (ZB03), andalah bakal pemimpin intelektual berkarakter yang kompetitif, yang berupaya mengharungi cabaran merentasi bahasa dan budaya, seterusnya berfungsi sebagai tonggak negara, bangsa dan penyumbang kepada kemajuan tamadun manusia.
Selamat maju jaya.
Sekian.
Wassalam.
Profesor Dr Jowati Bt. Juhary
Pengarah
Pusat Bahasa
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia