KATA-KATA ALUAN

PENGARAH

Dunia akademik hari ini adalah semakin mencabar dalam menghasilkan inovasi berimpak tinggi yang boleh dikomersilkan dan dimanfaat oleh industri dan masyarakat. Seiring dengannya, UPNM perlu berusaha keras untuk mendepani proses tersebut agar dapat memastikan kejayaan, kelestarian dan kecerlangan UPNM menerusi pengurusan pengkomersialan produk penyelidikan dan inovasi lebih terfokus, efisien, teratur, berkualiti dan professional.

Pusat Pemindahan Teknologi dan Pengkomersilan (TTC) berperanan menjadi jendela kepada industri dan masyarakat untuk melihat hasil inovasi penyelidik dengan lebih dekat. UPNM menjanjikan ruang penerapan intelektual yang amat luas umpama tiada bersempadan, sambil didokong oleh asas penyelidikan yang mampan serta penemuan terbaru.

Menjadi peranan TTC agar pembangunan aktiviti penyelidikan berimpak tinggi ditingkatkan kearah tanda aras Universiti bertaraf dunia melalui pembudayaan pengkomersialan dan pembangunan hasil penyelidikan berkualiti serta menggalakkan penghasilan inovasi baru yang mantap dan komprehensif.

 

Felo Utama Dato' Mohamad Akhtar bin Ahmad Zainudin

Pengarah

Pusat Pemindahan Teknologi dan Pengkomersialan