Prof. Madya Dr. Muhamad Faiz bin Md Din (Pengarah Pusat Pembangunan Akademik)

 

Sejarah penubuhan Pusat Pembangunan Akademik (PPA), UPNM bermula pada Tahun 2009. Ianya bermula dengan penubuhan Pusat Pembangunan Akademik dan Inovasi (PPAI) yang kemudiannya dipecahkan kepada 2 buah pusat iaitu Pusat Pembangunan Akademik (PPA) dan Pusat Pembangunan Profesional (PPP) pada Tahun 2010 melalui keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Naib Canselor Bil 8/2010. Namun demikian melalui Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Naib Canselor Bil.2/2012 yang diadakan pada 26 Mac 2012, mesyuarat kembali bersetuju agar PPA dan PPP digabungkan semula dan kembali kepada terma awal penubuhannya yang bertujuan bagi menyelaras semua permohonan dan urusan berkaitan dengan pembangunan program-program akademik masa kini dan akan datang.