Bismillahirrahmanirahim.

Assalamualaikum wbt., Salam Sejahtera dan Selamat datang ke portal rasmi Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (BTMK), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Tujuan utama BTMK ditubuhkan adalah bagi menyokong prasarana Teknologi Maklumat dan Komunikasi secara meluas dalam pembelajaran, pengajaran, penyelidikan dan juga pengurusan universiti. Disamping itu, BTMK telah dipertanggungjawabkan untuk pelaksanaan program-program ICT yang telah digariskan pada Pelan Strategik ICT (PSICT) UPNM 2017-2020. PSICT ini mengandungi 4 Teras Strategik, 12 Strategi dan 41 program ICT. Pelan strategi Ini adalah selari dengan Revolusi Perindustrian 4.0 (IR 4.0) yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dimana bagi menjadikan negara pembangunan teknologi pesat khususnya internet dunia tanpa sempadan. Salah satu perancangan BTMK adalah ke arah untuk pembangunan teknologi ‘paperless campus’ dan ‘cashless campus’.

Semoga BTMK akan terus maju dengan memberikan perkhidmatan terbaik kepada warga UPNM.

Selamat melayari Portal BTMK UPNM.

Sekian Terima Kasih. 

 

 

Lt. Kol. Hamzan bin Abdul Jamil (Bersara)

Pengarah BTMK

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia