PEJABAT PENOLONG NAIB CANSELOR
(PENGURUSAN PROJEK DAN PEMBANGUNAN STRATEGI)

Pejabat Penolong Naib Canselor (Pengurusan Projek dan Pembangunan Strategi) ditubuhkan selaras dengan kelulusan penstrukturan semula organisasi di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) peringkat ke-2 daripada Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti Kali Ke-43 Bil. 3/2020 pada 29 September 2020. Pejabat PNC (PPPS) mula beroperasi pada 1 Mac 2021.

Berdasarkan penubuhan Pejabat PNC (PPPS) turut ditubuhkan Bahagian Pengurusan Projek dan Perancangan Strategi dan Penempatan semula Bahagian Jaminan Kualiti dan Pengurusan Data, Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (nama asal Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi) Bahagian Pembangunan dan Penyelenggaraan (nama asal Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan), Unit Pengurusan Risiko, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA) (gabungan dua unit iaitu Unit Pengurusan Risiko dan OSHA).