Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) ditubuhkan pada 10 November 2006 selaras dengan misi Universiti komited ke arah mencapai kecemerlangan sebagai Universiti Pertahanan unggul untuk kepimpinan dan pembangunan profesional, pengembangan pengetahuandan aplikasi sains dan teknologi pertahanan serta polisi penyelidikan. Berteraskan prinsip tersebut, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) akan memastikan bahawa bidang akademik dan latihan ketenteraan seimbang supaya kecemerlangan dapat dicapai bagi mengharumkan nama Universiti Pertahanan Nasional Malaysia di mata dunia.
Sekian, terima kasih.
“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“KEWAJIPAN, MARUAH, INTEGRITI”
PROF. DATO' Ts. DR. AHMAD MUJAHID BIN AHMAD ZAIDI
Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)