Pusat Pengurusan Wakaf Universiti Pertahanan Nasional Malaysia telah ditubuhkan secara rasmi pada 16 Febuari 2017 melalui Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti UPNM Bil 1/2017. Berperanan sebagai pemangkin kepada sumber kewangan universiti khasnya bagi keperluan pendidikan di UPNM. Surat kebenaran untuk membuat wakaf (Al-Mutawwali) oleh UPNM telah diperolehi pada 8 November 2018 daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Seterusnya memorandum persefahaman Wakaf Pendidikan UPNM-MAIWP(MOA) telah ditandatangani pada 13 Mac 2019 di Hotel Putra Kuala Lumpur oleh YB Datuk Seri Dr. Mujahid Bin Yusof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.