Falsafah
Sebagai sebuah institusi nasional primier berdedikasi dalam menghasilkan pemimpin berintelektual yang menyerlah serta bersifat terpuji dan komited untuk berbakti sepenuhnya kepada negara dalam menjayakan kelangsungan kepentingan strategik negara.
Visi
Menjadi Universiti Pertahanan primier di rantau ini untuk pendidikan, latihan dan penciptaan ilmu.
Misi
UPNM komited mencapai kecemerlangan perkhidmatan kepada negara sebagai sebuah universiti pertahanan primier dalam kepimpinan dan pembangunan profesional, penciptaan ilmu, penyebaran ilmu pengetahuan dan aplikasi sains pertahanan dan teknologi, dan juga penyelidikan polisi.
Objektif
- Menyediakan asas pengetahuan yang kukuh dan seimbang dalam bidang Kemanusiaan, Pengurusan, Sains dan Teknologi, serta menerap daya usaha intelektual melalui pengajaran, pembelajaran, penyelidikan dan usaha kesarjanaan yang bertaraf antarabangsa.
- Menanam semangat kesetiaan dan patriotisme yang tinggi untuk berbakti kepada Negara dengan berbekalkan ilmu, kemahiran serta kecekapan asas ketenteraan.
- Membangunkan warga yang mempunyai tanggungjawab sosial dengan berteraskan kepada unsur-unsur kerohanian, etika budaya dan moral yang terpuji.
- Membentuk pemimpin masa depan yang memahami, menghayati, dan mempunyai sikap toleransi terhadap kepelbagaian etnik, budaya dan agama.
- Membekalkan pemimpin masa depan dengan kebolehan berkomunikasi,
- Menjadi pusat kecemerlangan dalam bidang Teknologi Pertahanan, Ekonomi dan Diplomasi, Hal Ehwal Ketenteraan serta Pengajian Keselamatan.
Moto
KEWAJIPAN, MARUAH, INTEGRITI
(Duty, Honour, Integrity)