CHEMDEF adalah sebuah pusat kecemerlangan (penyelidikan) yang ditubuhkan di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia pada 1 Mac 2017. Ia mengandungi sebuah pejabat pentadbiran dan latihan serta makmal-makmal penyelidikan. CHEMDEF memiliki sembilan buah ruang makmal yang menempatkan peralatan-peralatan penyelidikan berkeupayaan tinggi. Pusat ini terlibat dalam penyelidikan yang melibatkan pembangunan sensor terhadap sebatian organofosfat dan lain-lain bahan kimia berbahaya, membangunkan antidot baru terhadap keracunan organofosfat serta bahan detergen selamat yang sesuai untuk dekontaminasi manusia dan peralatan/kelengkapan.