1. Melaksanakan kerja-kerja penyelidikan terhadap pembangunan teknologi mengesan dan meneutralkan agen-agen senjata kimia dan bahan kimia berbahaya;

 

  1. Melaksanakan kerja-kerja penyelidikan terhadap pembangunan penawar atau antidot terhadap agen senjata kimia dan bahan kimia berbahaya;

 

  1. Menjadi pusat pendidikan untuk menyemai kesedaran dan mendidik orang ramai mengenai bahaya senjata kimia dan bahan kimia berbahaya serta langkah-langkah pencegahan dan perlindungan yang bersesuaian; dan

 

  1. Membantu kerajaan dan agensi-agensi lain sebagai pusat rujukan untuk menyediakan maklumat dan pengetahuan berkenaan agen senjata kimia dan bahan kimia berbahaya serta membangun polisi menangani ancaman senjata kimia dan bahan kimia berbahaya;

 

Aktiviti-aktiviti CHEMDEF adalah hanya yang dibenarkan secara khusus di bawah Konvensyen Senjata Kimia dan adalah semata-mata untuk tujuan perlindungan daripada senjata kimia dan meliputi kegiatan yang tidak dilarang di bawah Konvensyen tersebut.