Pejabat Bendahari diwujudkan sejak penubuhan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) diwartakan pada          10 November 2006. Pejabat Bendahari bertanggungjawab menguruskan hal-hal berkaitan kewangan di UPNM.


Misi

Beriltizam untuk menjadi pusat pengurusan kewangan unggul dan sentiasa menyokong dan mendokong misi serta visi universiti.

 

Visi

Menguruskan sumber kewangan universiti secara berhemah, cekap dan amanah serta memberikan perkhidmatan pengurusan kewangan yang berkualiti kepada pelanggan selaras dengan aspirasi universiti menjadi universiti premier yang unggul dan bertaraf dunia.

 

Piagam Pelanggan

  • Memastikan pengurusan kewangan Universiti dilaksanakan dengan cekap, teratur dan mematuhi peraturan dan pekeliling yang ditetapkan.
  • Bertanggungjawab memberikan perkhidmatan kewangan kepada pihak-pihak yang berkepentingan.
  • Menyediakan maklumat kewangan dengan tepat, cepat dan relevan kepada pelanggan.
  • Bertanggungjawab untuk memastikan kedudukan kewangan Universiti sentiasa terkawal seperti mana sasaran yang ditetapkan.
  • Mewujudkan peraturan-peraturan kewangan yang komprehensif dan berkesan.