PENGENALAN

Pusat Pentropikalan (CENTROP) merupakan salah satu pusat kecemerlangan di bawah Pejabat Timbalan Naib

Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) yang telah ditubuhkan pada Januari 2016. Tujuan Pusat ini ditubuhkan adalah

untuk menjalankan penyelidikan, membangun piawai dan menjadi pusat rujukan untuk menangani isu-isu

pentropikalan untuk peralatan dan platform

ketenteraan.

 

 VISI

Visi CENTROP  adalah untuk menjadi sebuah pusat pentropikalan pertahanan dan keselamatan serantau yang

terkemuka.

 

 MISI

Selaras dengan visi, Pusat Pentropikalan komited untuk menjalankan aktiviti penyelidikan, pembangunan

piawai, pendidikan dan latihan dalam bidang pertahanan dan keselamatan tropikal bagi memenuhi keperluan negara

dan serantau.