1. Latar Belakang  
  Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan (JPP) ditubuhkan pada 1 Februari 2008 di mana diterajui oleh seorang Pengarah sahaja. JPP kemudiannya menerima kemasukan kakitangan yang lain bemula pada pertengahan bulan Mac 2008. Sehingga kini, JPP terdiri daripada empat puluh lima (46) orang kakitangan semuanya.
     
 

Lt Kol (Bersara) Ir Shahrul bin Sahusi

Pengarah : 1 Jun 2015 - sekarang

     
 

Kol Prof Ir Dr Norazman bin Mohamad Nor

Pemangku Pengarah : 17 Mac 2014 - 30 Mei 2015

     
 

Lt Kol (Bersara) Ir Baharul Razi bin Abu Hani

Pengarah : 1 Jun 2011 - 14 Mac 2014

     
 

Kapt (Bersara) Ir Neza bin Ismail

Pengarah : 1 Oktober 2010 - 31 Mac 2011

     
 

Puan Shahida binti Jaafar

Pengarah1 Februari 2008 - 30 September 2010

     
2. Fungsi  
     
  Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan berperanan sebagai sebuah jabatan yang komited untuk mempertingkatkan kualiti perkhidmatan pengurusan projek dan penyelenggaraan fasiliti bagi memenuhi keperluan pelanggan dengan mengamalkan sistem penghantaran penyelenggaraan fasiliti universiti yang berkualiti.
  Ini berdasarkan konsep Pengurusan Aset Komprehensif agar semua kemudahan dan fasiliti untuk pengajaran dan pembelajaran dapat digunapakai dan berfungsi dengan efektif dan efisen.
  Selain dari itu, ianya juga berusaha untuk mempertingkatkan mutu kerja selaras dengan pengurusan jaminan kualiti MS ISO 9000:2001 disamping mempertingkatkan keberkesanannya dengan nilai-nilai murni dan etika profesional.
     
3. Visi  
     
  Menyediakan infrastruktur fizikal dan persekitaran kampus yang selesa dan kondusif. 
     
4. Misi  
     
  Membangun, mengurus dan menyelenggara bangunan, infrastruktur dan fasiliti dengan efektif. 
     
5. Objektif  
     
  Merancang pembangunan, mengenalpasti skop kerja, menyediakan rekabentuk dan dokumen tender yang memenuhi dan menepati keperluan pelanggan.
     
  Menyelia dan menyiapkan projek dalam tempoh, kos dan kualiti yang ditetapkan. 
     
  Menguruskan aset, kemudahan dan fasiliti universiti supaya selamat dan kondusif untuk kegunaan warga kampus dan pelawat.
     
  Membantu persediaan lojistik majlis rasmi universiti. 
     
6. Piagam Pelanggan  
     
 
    
7. Carta Fungsi Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan