Sejarah kelulusan penubuhan pusat ini adalah pada 26 April 2018 dan dikenali dengan nama Pusat Program Akademik-Industri Antarabangsa (PPAIA). Penubuhan PPAIA adalah bagi meningkatkan pembangunan akademik yang bertujahkan pertahanan dan keselamatan di peringkat dalam dan luar negara serta meningkatkan jalinan kerjasama dengan agensi dan industri tempatan dan antarabangsa. Pusat ini hanya terdiri daripada seorang Pengarah dan seorang Pembantu Tadbir.

Seiring dengan penstrukturan semula struktur organisasi UPNM yang telah diluluskan oleh Lembaga Pengarah Universiti (LPU) ke-43 Bil. 3 Tahun 2020 pada 29 September 2020, PPAIA telah dijenamakan semula dan diberikan nafas baharu iaitu Pusat Jaringan Akademik dan Antarabangsa (PJAA) dan masih berada di bawah Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa).

PJAA juga bertanggungjawab untuk mengoperasikan sepenuhnya International Office (IO) yang berkuat kuasa pada 10 Oktober 2021 dan dipindahkan ke Bangunan Jebat. Dengan penubuhan IO tersebut, struktur organisasi UPNM kini selaras dengan semua Universiti Awam (UA) yang lain bagi menyahut Dasar Pengantarabangsaan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).