Program ini bertujuan menggalakkan persefahaman dalam kalangan belia antara negara Jepun dan rantau Asia-Pasifik disamping membina jaringan perhubungan serta Kerjasama masa depan. Kementerian Belia dan Sukan (KBS) merupakan penyelaras utama program ini yang melibatkan program Inbound (peserta Jepun ke Malaysia) dan Outbound (peserta Malaysia ke Jepun). Pada tahun ini, UPNM tekah dipilih oleh KBS sebagai salah satu rakan strategik universiti awam dan menjadi tuan rumah bagi program yang dilaksanakan pada 22 Februari 2024.
Tarikh: 22 Februari 2024
Tarikh: Lobi Bangunan Jauhari, UPNM