• Pada tahun 2010, Institut Pengajian Eksekutif UPNM (NIEEd) telah diwujudkan secara organisasi ad hoc untuk membolehkan penawaran beberapa kursus pendek dalam kerangka pembangunan eksekutif untuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) serta agensi keselamatan lain tidak kira swasta mahu pun badan kerajaan. NIEEd secara rasminya ditubuhkan pada Jun 2010 dan diluluskan oleh SENAT Bil.21/2011 pada 14 Jun 2011.

  • NIEEd merupakan sebuah organisasi yang dipertanggungjawabkan mengkoordinasi program-program akademik luar kampus dan menyediakan latihan eksekutif serta pembangunan profesional seperti kursus pendek, seminar, bengkel dan latihan mengikut keperluan industri pertahanan dan keselamatan negara. Tumpuan khusus kepada ‘creating a future of excellence’ dengan membudayakan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) dan pembangunan modal insan selaras dengan hasrat Kementerian Pertahanan dan Kementerian Pendidikan Tinggi, Malaysia.

  • NIEEd terus bergerak ke hadapan dengan pelbagai perancangan program-program baharu khususnya bagi program-program yang bersesuaian dengan permintaan klien disamping menggiatkan aktiviti mempromosi program-program sedia ada bagi memastikan budaya PSH serta pembangunan modal insan dijadikan amalan berterusan.