Assalamualaikum w.b.t.
Salam sejahtera
Selamat datang ke laman sesawang Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Inovasi (PPKI) UPNM. Penubuhan PPKI sejak 2012 adalah sejajar dengan Lonjakan 1 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pengajian Tinggi), iaitu berhasrat untuk melahirkan graduan yang holistik, seimbang dan mempunyai minda keusahawanan. Oleh itu, PPKI berfungsi mengikut templat dan rangka kerja yang disusun oleh Kementerian Pendidikan Tinggi seperti termaktub dalam Pelan Tindakan Keusahawanan Institusi 2016 – 2020.
Walaupun PPKI masih muda berbanding pusat-pusat pembangunan keusahawanan di IPT yang lain, ia tidak menjadi penghalang untuk menghidupkan ekosistem keusahawanan di UPNM. PPKI disokong oleh Kelab Keusahawanan pelajar beriltizam untuk menghidupkan minda dan kepimpinan keusahawanan dengan pelbagai aktiviti dan program di dalam dan di luar UPNM. Ini sebenarnya amat bertepatan dengan aspirasi UPNM sebagai tempat tumbuhnya Intellectual Leaders of Character. Sudah tentunya kepimpinan keusahawanan (entrepreneurial leadership) yang memerlukan seseorang menjadi kreatif serta inovatif dalam memimpin merupakan salah satu karakter unggul seorang Intellectual Leader of Character.
Justeru, saya amat mengalu-alukan sokongan penuh dan komitmen semua pihak dalaman UPNM serta kolaborasi penuh manfaat daripada pihak luar UPNM untuk merealisasikan misi PPKI khususnya dan hasrat Malaysia amnya.
Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Jalinan yang baik diharapkan jua
Wabillahitaufiq walhidayah wassalamualaikum wbt.
Pengarah
Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Inovasi
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)