Pusat ini dahulunya dikenali sebagai Pusat Keselamatan Siber (PKS) telah ditubuhkan oleh Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) pada 1 Januari 2014.

Sebagai universiti perdana dalam bidang pertahanan dan keselamatan, PKS UPNM menyedari keperluan untuk menjadi sebahagian daripada inisiatif keselamatan siber negara yang berusaha untuk membantu agensi-agensi keselamatan bagi mengukuhkan pertahanan siber negara.

Ia ditubuhkan untuk mengatur dan menguruskan program-program yang berkaitan dengan keselamatan siber di UPNM.

Ketika kami berkembang selama bertahun-tahun, PKS ingin menjadi sebahagian daripada inisiatif Malaysia ke arah Revolusi Industri (IR) 4.0 dengan menghasilkan automasi digital dan sistem pembuatan fizikal-biologi siber digital.

Sejajar dengan perluasan bidang pusat ini yang berasaskan teras utama Revolusi Industri (IR) 4.0, pusat ini telah dijenamakan semula kepada Pusat Keselamatan Siber dan Revolusi Industri Digital (Cyber Security & Digital Industrial Revolution Centre) berkuat kuasa pada 10 Februari 2021.
 
 

  virtus88