PIAGAM PELANGGAN  
   
UPNM komited untuk memberi kepuasan Pelanggan seperti berikut:
       

A. Maklumat Program

   
Bakal pelanggan menerima maklumat tentang Pengajian Akademik dan LKU sebelum semester bermula.
       

B. Pembelajaran, Latihan dan Khidmat Negara

 
Suasana pembelajaran dan pengajaran yang kondusif.Program Akademik memenuhi beban kredit seperti yang diluluskan oleh KPM, Senat UPNM dan LKU dilaksanakan mengikut prosedur Rancangan Pengurusan Latihan (RPL). Pelanggan disediakan dengan khidmat nasihat akademik oleh Penasihat Akademik dan khidmat nasihat ketenteraan oleh Ketua Batalion.
       

C. Keselamatan dan Kerahsiaan

Maklumat peribadi pelanggan,maklumat akademik dan latihan ketenteraan akan diuruskan dengan selamat mengikut keperluan peraturan dan undang-undang seperti di Seksyen 2.8.
       

D. Penganugerahan

Pelanggan yang telah memenuhi syarat lulus program akademik dan disahkan oleh Senat UPNM dan boleh dianugerahkan Diploma Eksekutif, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah dalam bidang yang didaftarkan.
       

E. Pentauliahan

     
Pelanggan yang telah dianugerahkan ijazah sarjana muda dan lulus semua latihan ketenteraan layak ditauliahkan sebagai Pegawai Muda ATM. Tarikh kuatkuasa pentauliahan ialah pada tarikh terakhir pengesahan keputusan peperiksaan akhir oleh Senat UPNM atau pengesahan keputusan mata pelajaran LKU oleh Lembaga No.3 ATM.
       

F. Aduan Pelanggan

Aduan pelanggan yang tidak tertakluk kepada pihak ketiga akan diselesaikan tidak melebihi tujuh (7) hari bekerja dari tarikh sah aduan diterima.