- Details
- Bil. Capaian: 116
Pengenalan:
Dalam dunia hari ini, para graduan perlu mempunyai kompetensi dan kemahiran pekerjaan untuk mereka berdaya saing di pasaran pekerjaan. Memiliki ijazah tinggi sahaja tidak menjamin pekerjaan seseorang. Sebaliknya, para graduan harus mempunyai pengetahuan yang relevan dan terkini, pengalaman praktikal, kemahiran insaniah serta sikap yang positif untuk melengkapkan mereka sebelum berdepan cabaran dunia kerjaya sebenar. Untuk meningkatkan tahap mampu kerja para graduan, program latihan industri diperkenalkan untuk memperkasa kompetensi yang diperlukan. Latihan industri memberi pelajar peluang pembelajaran di dunia pekerjaan untuk menerima pengalaman praktikal supaya dapat mempertingkatkan
kebolehpasarannya (marketability).
Penyata Dasar (Policy Statement)
Latihan industri adalah satu syarat wajib bagi pelajar dalam program-program tertentu di semua peringkat pengajian tinggi di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) iaitu peringkat Sijil, Diploma dan Sarjana Muda bagi memenuhi syarat penganugerahan Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda masing-masing. Walau bagaimanapun, latihan industri ini akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut program-program pengajian di IPT.
Definisi Latihan Industri
Latihan industri merujuk kepada penempatan pelajar di sesebuah organisasi untuk menjalankan latihan praktikal yang diselia dalam industri yang dipilih, sama ada di luar ataupun di dalam negara, dalam jangka masa yang ditetapkan sebelum mereka dianugerahkan Sijil, Diploma atau Ijazah Sarjana Muda.
Muat turun untuk keterangan lebih lanjut:
- Details
- Bil. Capaian: 72
Penglibatan daripada staf Pejabat TNC (Akademik & Antarabangsa), Institut Pengajian Eksekutif (NIEEd), Pusat Jaringan Akademik dan Antarabangsa (PJAA), APEL dan Bahagian Pengurusan Akademik (BPA). Pasukan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) – Golden Netballerz telah mendapat Naib Johan dalam kategori Winner Pool.
Tarikh: 19 Oktober 2023
Tempat: Padang UPNM
- Details
- Bil. Capaian: 75
Dapat mengetahui cabaran dan rintangan dalam mengukuhkan hubungan pengantarabangsaan untuk meningkatkan visibiliti institusi di peringkat global serta perkongsian pengalaman pelajar yang menyertai outbound dan inbound juga aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam program tersebut.
Tarikh: 16 Oktober 2023
Tempat: Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang
- Details
- Bil. Capaian: 76
Penglibatan ini dapat memberi peluang kepada pelajar antarabangsa untuk berinteraksi secara langsung dangan YB Menteri Pendidikan Tinggi, mendapatkan maklum balas pelajar berhubung pengalaman belajar di Malaysia, meningkatkan dan mengekalkan minat pelajar antarabangsa untuk Kembali ke Malaysia sebagai destinasi Pendidikan tinggi serta menjadikan Malaysia sebagai hab Pendidikan tinggi antarabangsa yang standing dengan negara-negara maju di dunia.
Tarikh: 19 Oktober 2023
Tempat: Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang
- Details
- Bil. Capaian: 76
Penyertaan ini dapat meningkatkan komitmen dan perkongsian strategik antara universiti-universiti Malaysia dan UK dalam menyokong kecemerlangan, keupayaan dan pengantarabangsaan dalm pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan inovasi serta mobiliti pelajar dan staf dan kebolehpasaran.
Tarikh: 1-6 Oktober 2023
Tempat: Wales, United Kingdom
More Articles ...
- 'Metamorphosis Jamboree 2023' Anjuran Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Kampus Bangi
- Sesi Libat Urus Pembangunan Dasar dan Pelan Tindakan Pengantarabangsaan Pendidikan Tinggi 2023-2030
- Majlis Penyerahan Sijil Program Penjana Kementerian Pendidikan Tinggi - Pensijilan Profesional (KPT-PACE) Fasa 3
- Mesyuarat bersama Huihuang International (M) Sdn. Bhd. berkenaan Pengambilan Pelajar Antarabangsa