12 Dis 2022 (Isnin) – Kol Izam Ariffin (B) telah memulakan tugas rasmi beliau di Pejabat Penolong Naib Canselor Jaringan Industri dan Perhubungan Korporat (PNC JIPK) sebagai Ketua Unit Program Kolaborasi Industri. Beliau akan membantu PNC JIPK dalam pembangunan dan pemantauan perkembangan program kerjasama industri.

 

 

Kol Izam merupakan pelajar lepasan Maktab Tentera Diraja (MTD) dan berkhidmat dalam Kor Jurutera Letrik dan Jentera Diraja (KJLJD). Beliau bergraduat dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam Sarjana Pentadbiran Perniagaan.

Jawatan akhir beliau sebelum bersara adalah Ketua Penolong Setiausaha Industri Pertahanan 4, Bahagian Industri Pertahanan (BIP), Kementerian Pertahanan. Semasa berkhidmat di BIP, beliau terlibat dengan Litorral Combat Ships, 8x8 AV, Starstreak and Submarine Maintenance.

Pejabat PNC JIPK mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas kepada Kol Izam.