26 Jun 2024 - Satu perbincangan telah diadakan antara UPNM dan Destini Bhd. bertempat di Bangunan Destini, Shah Alam. UPNM diketuai oleh Mej. Jen. Dato’ Dr. Dr Kwong Fook Wen (Bersara), PNC JIPK disertai oleh Kol. Prof. Dr. Khairol Amali bin Ahmad (Bersara), PNC PI dan Datuk Kabol bin Surat, Pengarah Eksekutif Destini disertai oleh Mohamad Nizar bin Hj Bakar, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Destini. Perbincangan ini berkisar mengenai membangunkan Energy Management System untuk Electric Power Unit (EPU) dan Diesel Power Unit (DPU).