29 Mac 2023 – Membaca Al-Quran di dalam bulan Ramadhan adalah keutamaan dalam mendapatkan pahala berlipat ganda di samping Allah SWT mengangkat darjah seseorang yang istiqamah membacanya.

Sempena bulan Ramadan Al-Mubarak, Pejabat PNC JIPK yang diketuai oleh YBhg Dato’ Dr. Junaidah Kamarruddin telah bersama-sama mengambil bahagian di dalam Program Tadarus Al-Quran. Ustaz Hafizul Haziq Basuki, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, Pusat Islam telah memimpin dan membimbing tadarus bacaan Al-Quran bagi Juzuk 19.