10 Apr 2023 (Isnin) – Sempena ketibaan hari lebaran Aidilfitri dan Pertandingan Dekorasi Hari Raya Peringkat UPNM, semua pegawai dan pelaksana Pejabat Jaringan Industri dan Perhubungan Korporat yang diketuai oleh YBhg Dato’ Dr. Junaidah Kamarruddin telah berganding bahu untuk bersama-sama menghiasi pejabat.

Dengan kerlipan lampu, langsir serba putih, barisan lampu-lampu Turki serta susun atur perabut persis ruang tamu menambah seri keindahan dan kemeriah suasana hari raya Pejabat JIPK. “Effective teamwork produces great success”