29 Jul 2024 - Perbincangan dan perkongsian pengalaman dalam menguruskan peruntukan yang dikhaskan untuk Kursi Sheikh Zayed Al-Nahyan tajaan Kerajaan United Arab Emirates telah diadakan di ISIS. Delegasi UPNM telah diketuai oleh Prof. Ts. Dr. Hj Azizi bin Hj Miskon, TNC PI. Mej. Jen. Dato’ Dr. Kwong Fook Wen (Bersara), PNC JIPK dan Dato’ Dr. Junaidah binti Kamaruddin, Fellow Utama UPNM serta Prof. Dr. Adam Leong Kok Wey, Pengarah CDISS turut hadir. Manakala,Prof. Datuk Dr.Mohd Faiz bin Abdullah, Pengerusi ISIS mengetuai perbincangan tersebut bagi pihak ISIS. Turut hadir Pn. Sohana Enver Azyze, Pengarah Kanan (Pentadbiran), Deda Ridzwan, Pengarah Perhubungan Awam, Pembangunan dan Perhubungan Korporat serta En. Harris bin Zainul, Penolong Pengarah (Penyelidik).