22 November 2022 - Mesyuarat Jawatankuasa Timbalan-Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri Dan Masyarakat) Universiti Awam JK TTNC Bil. 2/2022 telah diadakan di UNIMAS.

 

 

Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh Dato’ Mohd Shahril bin Abdullah, Pengarah Bahagian Kolaborasi Industri dan Masyarakat, KPT. Manakala mesyuarat selama 2 jam ini telah dipengerusikan oleh Ybhg. Profesor Dato’ Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed FASc.

Mesyuarat ini telah berjalan dengan sangat baik di mana Penolong Naib Canselor daripada wakil universiti yang hadir telah memberikan idea dan cadangan yang bernas dalam usaha membangunkan skop jaringan industri dan masyarakat.Pada mesyuarat kali ini, Universiti Sains Malaysia (USM) telah membentangkan pencapaian Jaringan Industri & Masyarakat yang telah dijalankan sepanjang tahun 2022.

Wakil UPNM adalah Wakil2 TNC/PNC/Pengarah yang memegang portfolio Jaringan Industri.