17 Feb 2022 (Khamis) - Pengurusan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM)  telah bersetuju untuk menempatkan Cik Suraya binti Ghazali untuk berkhidmat di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) secara penempatan silang (cross fertilization) berkuatkuasa 7 Feb sehingga 6 Ogos 2022.

Penempatan Pegawai LPPKN di Pejabat Penolong Naib Canselor (Perkhidmatan, Jaringan Industri dan Perhubungan Korporat) (PNC PJIPK) bertujuan meningkatkan kemahiran pengurusan dan urus tadbir serta memberi pendedahan kepada budaya kerja, pengetahuan dan kemahiran amalan terbaik. Selain itu, beliau juga bertindak sebagai penghubung di antara UPNM dan LPPKN dalam bidang keusahawanan, pendidikan dan penyelidikan.

Cik Suraya binti Ghazali yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Ekonomi) dari Lakehead University, Kanada, mempunyai pengalaman selama 25 tahun di LPPKN dan sebelum ini menjawat jawatan sebagai Pengarah LPPKN Sabah selama 3 tahun.