Pejabat PNC JIPK telah mengadakan perbincangan bersama sebuah NGO iaitu Bakti Kasih Malaysia bagi membincangkan beberapa program yang boleh dilaksanakan untuk membantu golangan staf dan pelajar UPNM yang terkesan. Antara bantuan yang akan dihulurkan adalah bantuan makanan bermasak kepada pelajar-pelajar sempena Hari Raya Aidiladha. Makanan bermasak ini merangkumi 3 kali sajian untuk 400 orang pelajar UPNM yang tidak pulang ke kampung halaman.

 
Manakala program kedua adalah agihan bantuan barangan kering kepada lebih 700 orang staf dan pelajar akan dilaksanakan secara berperingkat.
 

Semoga dengan usaha ini, ia sedikit sebanyak dapat membantu staf dan pelajar yang terkesan.