Port Dickson, 23 Januari 2022 (Ahad)

Pejabat PNC PJIPK telah menyertai Program Hala Tuju Strategik Pengurusan Universiti Tahun 2022 pada 21 hingga 23 Januari 2022 bertempat di Pusat Pengaman Malaysia, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Semasa program ini berlangsung, terdapat 6 buah kluster yang telah dikenalpasti iaitu :
1. Akademik dan Antarabangsa serta Korporat
2. Pembangunan Pelajar dan Alumni
3. Penyelidikan dan Inovasi
4. Pembangunan Sumber Manusia
5. Kewangan dan penjanaan pendapatan
6. Pembangunan strategi, kualiti, teknologi maklumat, pembangunan dan infrastruktur

Pada akhir program ini, Pejabat PNC PJIPK telah membentangkan 5 strategi yang merangkumi imej korporat UPNM, jaringan industri dan khidmat komuniti. 5 strategi ini digarap berdasarkan kepada Amanat Tahun Baharu 2022 oleh YB Menteri Pengajian Tinggi dan Perintah Ulung Naib Canselor 2021.