7 Mac 2022 (Isnin) - Satu majlis ringkas meraikan pelantikan pengarah baharu dan penghargaan telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Dr. Junaidah binti Kamaruddin, Penolong Naib Canselor Perkhidmatan, Jaringan Industri dan Perhubungan Korporat UPNM (PNC PJIPK).

Dalam penstrukturan semula organisasi PJIPK, Dr. Nur Surayya binti Mohd Saudi dilantik sebagai Pengarah Bahagian Perhubungan Korporat UPNM dan Lt Kol Zazali bin Makding dilantik sebagai Pengarah Bahagian Multimedia dan Perhubungan Awam UPNM berkuatkuasa 1 Mac 2022. Dr. Nur Surayya adalah Pengarah Accreditation of Prior Experiential Learning (APEL) UPNM sebelum dilantik menjawat jawatan baharu.  Manakala Lt Kol Zazali bin Makding menyandang jawatan Ketua Unit Perhubungan Awam sebelum dilantik ke jawatan terkini.

Sementara itu, PNC PJIPK turut menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Prof. Madya Ts. Dr. Jessica Ong yang menjawat jawatan Pengarah Perhubungan Korporat UPNM sebelum ini. Sumbangan dan inisiatif beliau untuk meningkatkan imej korporat UPNM di persada nasional dan antarabangsa amat disanjung dan dihargai.