11 November 2022 (Jumaat) - Susulan daripada Pameran Euronaval Perancis, satu perbincangan berkaitan Industrial.Collaboration Program (ICP) di antara UPNM, BAE System, Bofors dan BHIC Bofors Asia Sdn Bhd telah diadakan di Pejabat PNC JIPK. Ia meliputi peluang kolaborasi dalam pendidikan dan penyelidikan dalam bidang-bidang keutamaan yang akan dikenal pasti.
 
 
Pertemuan ini diketuai oleh Dato' Dr. Junaidah binti Kamarruddin (PNC JIPK UPNM), Lt Col (R) Lars Nils Ove Gustafsson (BAE System, Bofors AB, Sweden) dan Encik Azhar Abdullah (CEO BHIC Bofors Asia Sdn Bhd). Turut hadir ialah Prof. Ts. Dr. Azizi bin Miskon (TNC Penyelidikan Dan Inovasi UPNM), wakil Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan, Lt Kol Mohammad Noor bin Abdullah (Bersara) serta pegawai-pegawai dari pejabat JIPK.