Pameran Defence, Security and Sustainability (DSS) 2022 bertemakan Discovery and Innovation Towards Excellence merupakan acara dwi tahunan yang dianjurkan oleh Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah diadakan pada 3 dan 4 Ogos 2022.

 

Objektif utama DSS 2022 adalah untuk mengetengahkan dan mempamerkan hasil penyelidikan dalam bidang keselamatan dan pertahanan juga sebagai platform bagi penyelidik untuk membentangkan hasil penyelidikan mereka yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung kepada bidang pertahanan dan keselamatan.

 

Majlis Perasmian Penutup Pameran DSS 2022 ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi pada 4 Ogos 2022.

 

Jumlah keseluruhan penyertaan DSS 2022 adalah sebanyak 230 yang terdiri dari Institut Pengajian Awam dan Swasta, institut penyelidikan serta pelbagai agensi Pejabat JIPK turut mengambil bahagian dalam pameran DSS iaitu:

1) Dato’ Dr. Junaidah Kamarruddin – Penolong Naib Canselor JIPK.

  • Tajuk Penyelidikan: The Model of Leadership Style of Military Hospital Managers in Malaysia.
  • Pencapaian: Gold Award.

 

2) Mej Jen Dato’ Dr. Kwong Fook Wen (B) – Pengarah Kanan JIPK.

  • Tajuk Penyelidikan: A Software Application For AccessingThe Mental Health of Malaysian Armed Forces Personnel: The Relationship Of Stress And Self Esteem With Derpression.
  • Pencapaian: Gold Award.

 

3) Nur Surayya Mohd Saudi – Pengarah Bahagian Perhubungan Korporat dan Khidmat Komuniti.

  • Tajuk Penyelidikan: Formulating National Defence Policy on the impact of Military Expenditure on Climate Change.
  • Pencapaian: Best Award 1st Place Winner (Fundamental Non Science &Technology).
  • Pencapaian: Gold Award (Climate Change).

 

4) Ts Dr. Mohamad Abu Ubaidah Amir Abu Zarim – Ketua Unit Jaringan Industri

  • Tajuk Penyelidikan: Smart Fish Alarm.
  • Pencapaian: Gold Award.

 

Tahniah dan syabas diucapkan.