18 Jul 2022 (Isnin) – Muhamad Amir Yusri bin Mohd Zani pelajar tahun akhir Program Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia, Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan (FPPP) telah ditempatkan di Pejabat Jaringan Industri dan Perhubungan Korporat (JIPK) untuk menjalani Latihan Industri mulai 14 Mac hingga 15 Julai 2022. Beliau berada di Pejabat JIPK selama 18 minggu untuk mempelajari dan didedahkan dengan pelbagai aspek pengurusan.

 

Secara amnya Latihan Industri adalah merupakan satu komponen utama dalam kurikulum pembelajaran Kemahiran Pengajian Tinggi (KPT). Pelajar-pelajar akan ditempatkan di organisasi tertentu selama satu semester bagi mendedahkan mereka kepada suasana alam pekerjaan yang sebenar.

 

Pejabat JIPK mengucapkan selamat maju jaya kepada Muhamad Amir Yusri bin Mohd Zani yang akan meneruskan kerjayanya pada masa hadapan.