27 Mei 2022 - Perbincangan awal penghasilan story Board video Korporat Baharu UPNM diadakan di Pejabat Korporat.

Pengarah Perhubungan Korporat Dr. Nur Surayya Mohd Saudi Dan ahli JK Story Board yang diketuai oleh Pengarah Pusat Kebudayaan Encik Muhammad Shukor bin Haji Abdul Moner membincangkan input-input yang berimpak tinggi untuk dimasukan dalam video Korporat Baharu UPNM.

Elemen-elemen Leaders of characters Dan Niche Universiti dalam Pertahanan dan Keselamatan menjadi intipati perbincangan untuk di masukan ke dalam video Korporat Baharu ini. Turut hadir pada sesi perbincangan awal story Board ini adalah Pengarah Perhubungan Awam Lt Kol Zazali Makding, Pegawai Teknologi Maklumat Kanan Encik Ahmad Faizal bin Sayuti dan Pegawai Penerangan Kanan Encik Ahmad Rifad Bin Abdul Rashid.