Pada 10 Mac 2023 (Jumaat) UPNM yang diketuai oleh YBhg Dato' Dr Junaidah Kamaruddin, Penolong Naib Canselor (Jaringan Industri dan Perhubungan Korporat) bersama tim JIPK telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Timbalan Setiausaha (Dasar), Kementerian Pertahanan.
Delegasi UPNM telah disambut oleh YBrs. En Mohd Yani bin Daud, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), En Azhar bin Mohamad Yusof, SUB BDPS dan pegawai. Tujuan kunjungan hormat adalah untuk bertemu dengan TKSU yang baharu dan perbincangan mengenai usaha sama dalam bidang berkaitan pelaksanaan Kertas Putih Pertahanan dan Industri Pertahanan. Perbincangan juga berkisarkan tentang Industrial Collaboration Programme (ICP) dan halatuju ekosistem industri pertahanan dalam dan luar negara