24 Ogos 2024 - Program Kiambang Merah telah mengadakan program kesedaran kesihatan seksual dan reproduktif bersama komuniti pada 24 Ogos 2024. Ia telah diadakan di Dewan badminton, Tempat letak kereta bertingkat, Tingkat 8, PPR Raya Permai, Sg. Besi, Kuala Lumpur.  Program Kiambang Merah merupakan salah satu program pendayaan komuniti melalui inisiatif Komuniti@UniMadani, Kementerian Kewangan Malaysia. Program ini juga merupakan kerjasama daripada Jabatan Kesihatan Komuniti, Fakulti Perubatan dan Kesihatan Pertahanan (FPKP) UPNM, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Persatuan Penduduk PPR Raya Permai. Pelbagai acara telah diadakan untuk pelbagai peringkat usia. Antaranya ceramah kesedaran, pertandingan mewarna, pameran kesihatan dan pelbagai permainan. Sambutan yang diterima amat menggalakkan. Rata-rata pengunjung menyatakan bahawa mereka mendapat banyak pengetahuan daripada program ini.