27 Mei 2022 (Jumaat) – Sempena meraikan bulan Syawal yang mulia, Pejabat Penolong Canselor Perkhidmatan, Jaringan Industri dan Perhubungan Korporat Universiti (PNC PJIPK) telah mengadakan Jamuan Majlis Hari Raya Aidil Fitri 1443H/ 2022. Majlis telah diadakan dengan tujuan untuk mengeratkan lagi ikatan ukhwah di samping menikmat juadah hari raya yang pelbagai dan lazat.

Jamuan hari raya yang gemilang ini dimulakan dengan bacaan doa selamat yang dipimpin oleh Prof Dr Sayuti Ab Ghani, Pengarah Pusat Pengurusan Wakaf UPNM.

 

Majlis yang berlangsung dengan semangat muhibbah dan penuh keceriaan diserikan lagi dengan pemilihan 2 Outfit of the Day (OOTD) dan staf dedikasi. Bagi kategori OOTD lelaki telah diungguli oleh YM Tengku Roslan Tengku Abdul Kadir, Penolong Pendaftar Kanan manakala OOTD wanita diberikan oleh Nur Fajrina Sallehuddin, Jurufoto. Bagi menghargai staf dedikasi, YBhg PNC telah mengumumkan Zulhaslinda Hamzah, Pembantu Tadbir sebagai pemenang tunggal.

Majlis hari raya ini dimeriahkan dengan kehadiran para tetamu dan rakan-rakan sejawat dari beberapa FPJB termasuklah CIDESs, FPPP, Pejabat Wakaf, Pejabat Undang-undang, Pejabat PNC Pengurusan Strategik, Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan dan pelajar. Mereka juga turut dihiburkan dengan persembahan lagu-lagu hari raya.