29 Ogos 2024 - Mesyuarat Kerjasama UPNM - Naval Group France telah berlangsung pada 29 Ogos 2024. Naval Group diwakili oleh Nicolas Francois Antoine Dewerdt, International Cooperation and Offset Naval Group France, Bruno Chapeland, Managing Director Naval Group Malaysia dan Philippe Joseph Robert Gourmelon. Antara perbincangan adalah mengenalpasti skop Program Kolaborasi Industri (Offset) berkaitan dengan pendidikan dan penyelidikan, status terkini Memorandum Persefahaman yang telah dimetrai sebelum ini serta hala tuju akan datang bagi penyambungan MoU antara dua organisasi. Turut hadir ialah Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Penolong Naib Canselor (Jaringan Industri dan Perhubungan Korporat, Penolong Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) dan tim UPNM yang berkenaan.