20 Mac 2023 – Mesyuarat Kerjasama antara UPNM, STRIDE dan Syarikat Rezeki Marin telah diadakan bagi membincangkan Kajian Keselamatan selaras dengan Dasar Industri Pertahanan Negara. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBhg Dato' Dr. Junaidah Kamaruddin, Penolong Naib Canselor Jaringan Industri dan Perhubungan Korporat (PNC JIPK).

Turut hadir sama termasuklah  Dato' Mohamad Akhtar bin Ahmad Zainudin,  Prof Ts. Dr. Azizi bin Hj Miskon (TNC Penyelidikan & Inovasi), Mej Jen Dato’ Dr. Kwong Fook Wen (B), Pengarah Kanan JIPK,  Prof Emeritus Dato’ Dr. Wan Md Zin bin Wan Yunus (FSTP), Ts. Dr. Abu Ubaidah Amir bin Abu Zarim, Ketua Unit JIPK, Lt Kdr Ir. Ts. Mohd Najib bin Abdul Ghani Yolhamid TLDM (B), Ketua Jabatan Sains dan Teknologi Maritim,  Datin Zuriati binti Idham dan En Kasim Muhamad (Syarikat Rezeki Marin).