11 Okt 2022 (Selasa) – Selen Monica Binti Mokhtar pelajar tahun akhir Program Ijazah Sarjana Muda Komunikasi (Kepujian) Pengurusan Komunikasi dan Polisi, Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah ditempatkan di Pejabat Jaringan Industri dan Perhubungan Korporat (JIPK) untuk menjalani Latihan Industri mulai 11 Okt 2022 sehingga 27 Jan 2023. Selama 16 minggu, beliau akan mempelajari dan didedahkan dengan pelbagai aspek pengurusan di pejabat ini.
Latihan Industri adalah merupakan satu komponen utama dalam kurikulum pembelajaran Kemahiran Pengajian Tinggi (KPT). Pelajar-pelajar akan ditempatkan di organisasi tertentu selama satu semester bagi mendedahkan mereka kepada suasana alam pekerjaan yang sebenar. Latihan Industri secara umumnya ialah latihan secara amali yang diwajibkan ke atas semua pelajar tahun empat untuk mengaitkan teori yang dipelajari dan disesuaikan kepada praktikal.
Di samping itu, para pelajar yang menjalani Latihan Industri akan dapat membina semangat, kekuatan dan keyakinan diri untuk menempuh cabaran dan persaingan selain dapat memerkasakan sifat amanah dan tanggungjawab dalam tugasan yang diberi.
Pejabat JIPK mengucapkan selamat maju jaya kepada Selen Monica Binti Mokhtar dalam melaksanakan Latihan Industri.