21 Mac 2022 (Isnin) – Muhamad Amir Yusri bin Mohd Zani pelajar tahun akhir Program Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia, Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan (FPPP) telah ditempatkan di Pejabat Perkhidmatan, Jaringan Industri dan Perhubungan Korporat (PJIPK) untuk menjalani Latihan Industri mulai 14 Mac hingga 15 Julai 2022. Selama 18 minggu, beliau akan mempelajari dan didedahkan dengan pelbagai aspek pengurusan di pejabat ini.

Latihan Industri adalah merupakan satu komponen utama dalam kurikulum pembelajaran Kemahiran Pengajian Tinggi (KPT). Pelajar-pelajar akan ditempatkan di organisasi tertentu selama satu semester bagi mendedahkan mereka kepada suasana alam pekerjaan yang sebenar. Latihan Industri secara umumnya ialah latihan secara amali yang diwajibkan ke atas semua pelajar tahun empat untuk mengaitkan teori yang dipelajari dan disesuaikan kepada praktikal.

 

 

 

Di samping itu, para pelajar yang menjalani Latihan Industri akan dapat membina semangat, kekuatan dan keyakinan diri untuk menempuh cabaran dan persaingan selain dapat memerkasakan sifat amanah dan tanggungjawab dalam tugasan yang diberi.

Pejabat PJIPK mengucapkan selamat maju jaya kepada Muhamad Amir Yusri bin Mohd Zani dalam melaksanakan Latihan Industri.