21 Disember 2023 - Perbincangan strategik antara UPNM dan Kementerian Pertahanan Arab Saudi telah berlangsung di Kedutaan Arab Saudi hari ini. Dalam pertemuan tersebut, UPNM diwakili oleh Prof. Dato' Ts. Dr. Ahmad Mujahid bin Ahmad Zaidi, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) dan Dato' Dr. Junaidah binti Kamarruddin, Penolong Naib Canselor (Jaringan Industri dan Perhubungan Korporat), manakala Kementerian Pertahanan Arab Saudi diwakili oleh Colonel Turki bin Abdullah Alsharef – Assistant Military Attache.
Perbincangan ini bertujuan untuk memperkukuhkan kerjasama strategik antara UPNM dan Kementerian Pertahanan Arab Saudi, khususnya dalam membangunkan kursus-kursus dalam bidang pengurusan pertahanan.