PERTANDINGAN NADWAH ILMIAH BAHASA ARAB 2024 PERINGKAT UPNM

Pada 4 Jun 2024, Majlis Pertandingan Nadwah Ilmiah Bahasa Arab 2024 Peringkat UPNM telah dilaksanakan di Dewan Bestari, UPNM. Pertandingan Nadwah Ilmiah Bahasa Arab peringkat akhir kali ini melibatkan penyertaan empat kumpulan. Majlis anjuran Persatuan Bahasa Arab dengan kerjasama Pusat Bahasa ini memberi peluang penting kepada pelajar terhadap pentingnya praktis bertutur dalam memantapkan kemahiran bahasa yang dipelajari. Manifestasi praktis tersebut dapat ditonjolkan menerusi program Nadwah Ilmiah atau forum Bahasa Arab.
Selain itu, program sebegini dapat meningkatkan keyakinan pelajar, kemampuan memberikan idea bernas berdasarkan tajuk yang dibincangkan serta sikap kerjasama dalam kumpulan. Semoga program sebegini diteruskan pada masa akan datang.

 

  

 

 

 

BENGKEL PENULISAN   

Pada 31 Mei 2024, Pusat Bahasa UPNM telah menganjurkan Bengkel Penulisan Sorotan Literatur Bersistematik (Systematic Literature Review) atau dikenali sebagai SLR siri 2/2024. Penceramah undangan adalah YBrs. Dr. Hayrol Azril bin Mohamed Shaffril, yang merupakan Pengawai Penyelidik Kanan Institut Pengajian Sains Sosial, Universiti Putra Malaysia. Bidang kajian Dr. Hayrol ialah Sains Sosial khususnya yang berkaitan dengan perubahan iklim melibatkan populasi nelayan (climate change and fisherman). Beliau berpengalaman luas dalam menghasilkan penerbitan berimpak tinggi termasuk menerbitkan makalah-makalah SLR sejak dasawarsa yang lalu. Pelbagai tips telah diperoleh dalam bengkel kedua ini dan para peserta menantikan bengkel seterusnya untuk mendapat manfaat secara optimum daripada Dr. Hayrol. Siri keempat bengkel akan diadakan pada 14 Jun 2024 dan berakhir pada 5 Julai 2024.

 

 

 

BENGKEL PENULISAN   

Pada 17 Mei 2024, Pusat Bahasa UPNM telah menganjurkan Bengkel Penulisan Sorotan Literatur Bersistematik (Systematic Literature Review) atau dikenali sebagai SLR siri 2/2024. Penceramah undangan adalah YBrs. Dr. Hayrol Azril bin Mohamed Shaffril, yang merupakan Pengawai Penyelidik Kanan Institut Pengajian Sains Sosial, Universiti Putra Malaysia. Bidang kajian Dr. Hayrol ialah Sains Sosial khususnya yang berkaitan dengan perubahan iklim melibatkan populasi nelayan (climate change and fisherman). Beliau berpengalaman luas dalam menghasilkan penerbitan berimpak tinggi termasuk menerbitkan makalah-makalah SLR sejak dasawarsa yang lalu. Pelbagai tips telah diperoleh dalam bengkel kedua ini dan para peserta menantikan bengkel seterusnya untuk mendapat manfaat secara optimum daripada Dr. Hayrol. Siri ketiga bengkel akan diadakan pada 31 Mei 2024 dan berakhir pada 5 Julai 2024. 

 

 

 

 

KUNJUNGAN HORMAT

15 Mei 2024 telah diadakan Kunjungan Hormat untuk berjumpa Pengarah, Jabatan Arah Pendidikan, ATM. Tujuan utama adalah untuk mempromosi semula ZB03 dan mempromosi TESL. Semoga PB dapat lebih ramai pelajar dalam kalangan Pegawai Kadet. Terima kasih.

 

 

BENGKEL CEFR 

Pada 14 dan 15 Mei telah berlangsung bengkel CEFR untuk semua kursus BI. Terima kasih kepada Task Force CEFR yang telah bertungkus lumus membangun silibus berkaitan.

 

 

 

 

HARI INOVASI DAN MAJLIS ANUGERAH (HIMA) 2024. 

14 Mei 2024 - Tahniah diucapkan kepada Puan Masdini Harina binti Ab Manan, Cik Sabihah binti Abdul Kadir dan Cik Wan Anis Ilani binti Wan Kamaruddin atas penerimaan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) sempena hari inovasi dan Majlis Anugerah (HIMA) 2024. Tahniah kepada Dr. Najjah Salwa binti Abd Razak kerana menerima Anugerah Penyeliaan Terbaik (Projek Sarjana Muda).

 

 

 

  

BENGKEL PENGUCAPAN AWAM BAHASA INGGERIS 

PUSAT BAHASA UPNM ANJUR BENGKEL PENGUCAPAN AWAM BAHASA INGGERIS DI MAKTAB TENTERA DIRAJA
Pada 22 Mac 2024 - Pusat Bahasa UPNM telah menganjurkan Bengkel Pengucapan Awam Bahasa Inggeris di Maktab Tentera. Bengkel ini bertujuan untuk memperkasakan pengucapan Bahasa Inggeris dalam kalangan Putera Maktab Tentera Diraja. Selain itu, bengkel ini merupakan inisiatif pendekatan Highly Immersive Programme (HIP) yang dilaksanakan melalui konsep kolaborasi Outreach dengan pihak Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Program pengucapan awam ini disertai oleh 236 orang Putera Tingkatan 5 Maktab Tentera Diraja. Seramai 4 orang pensyarah Pusat Bahasa terlibat selaku Panel Bahasa Inggeris termasuklah Prof. Madya Dr Norshima binti Zainal Shah, Dr Mariann Edwina a/p Mariadass, Lt Kol Zazali bin Makding dan Lt Kol Hilmi Azani bin Husain. Program ini turut dibantu oleh 67 orang pelajar UPNM Tahun 1 dan 2 jurusan Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial (Bahasa dan Komunikasi Silang Budaya) ZB03 sebagai fasilitator.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat bagi menjayakan program ini. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Prof. Dr. Jowati binti Juhary, Pengarah Pusat Bahasa UPNM di atas sokongan padu beliau terhadap program ini.

 

 

 

 

BENGKEL PENULISAN   

Pada 3 Mei 2024, Pusat Bahasa UPNM telah menganjurkan Bengkel Penulisan Sorotan Literatur Bersistematik (Systematic Literature Review) atau dikenali sebagai SLR siri 1/2024. Penceramah undangan adalah YBrs. Dr. Hayrol Azril bin Mohamed Shaffril, yang merupakan Pengawai Penyelidik Kanan Institut Pengajian Sains Sosial, Universiti Putra Malaysia. Bidang kajian Dr. Hayrol ialah Sains Sosial khususnya yang berkaitan dengan perubahan iklim melibatkan populasi nelayan (climate change and fisherman). Beliau berpengalaman luas dalam menghasilkan penerbitan berimpak tinggi termasuk menerbitkan makalah-makalah SLR sejak dasawarsa yang lalu. Pelbagai tips telah diperoleh dalam bengkel pertama ini dan para peserta menantikan bengkel seterusnya untuk mendapat manfaat secara optimum daripada Dr. Hayrol. Siri kedua bengkel akan diadakan pada 17 Mei 2024 dan berakhir pada 5 Julai 2024.

 

 

JAMUAN RAYA  

Sekitar jamuan raya yang dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Bahasa dan Komunikasi (PMBK), UPNM 26 april 2024 

 

 

 

 

 PAMERAN DEFENCE, SECURITY AND SUSTAINABILITY (DSS)

PB hebat di Pameran DSS 2024 

25 Apr 2024 – Sempena Pameran Defence, Security and Sustainability (DSS) 2024 yang berlangsung di Dewan Zulfaqar UPNM, Pusat Bahasa telah mengambil bahagian untuk mempamerkan kerja penyelidikan dan memberi pendedahan serta inspirasi mengenai aktiviti penyelidikan untuk idea penyelidikan yang baharu.

 Dalam DSS dengan tema “Human-Centered Discovery and Innovation”, PB yang diwakili oleh Pn Surinder dan Pn Mardziah telah memenangi Anugerah Terbaik Kategori Non-Applied Science and Technology. Manakala pingat emas turut diungguli oleh Pn Surinder, Pn Mardziah, Pn Asniah, Pn Masdini, Dr. Najjah, Prof. Madya. Dr. Norshima, Pn. Norashikin, Dr. Hasrul dan Aisyah Aqilah (pelajar Sarjana PB). PB turut cemerlang apabila Pn Afifah, Pn Surinder dan Dr. Erda membawa pingat perak hasil penyelidikan mereka.

 Syabas dan tahniah atas kecemerlangan dan kejayaan ini.

 

 

 

MESYUARAT PUSAT BAHASA SIRI 2/2024

19 Apr 2024 – Pusat Bahasa telah mengadakan mesyuaratnya buat kali ke-2 bertempat di Makmal Audio, Bangunan Bestari UPNM.  Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Prof. Dr. Jowati Juhary, Pengarah Pusat Bahasa bertujuan untuk membincangkan pengurusan dan pentadbiran akademik, kebajikan staf serta laporan dari semua Jawatankuasa yang dilantik.

 

 

 

PUSAT BAHASA SAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI 1445H

19 Apr 2024 – Sempena ketibaan bulan Syawal tahun 1445H, Pusat Bahasa telah mengadakan jamuan Hari Raya Aidil Fitri di perkarangan Pejabat Pentadbiran Pusat Bahasa, Bangunan Bestari UPNM. Majlis yang dilangsungkan bukan sahaja dapat menikmati juadah lazat yang disediakan malah ianya menambahkan semangat ukhwah dan persahabatan di antara semua staf Pusat Bahasa.

 

 

 

Pembentangan Kertas Usulan Penyelidikan Bil 1/2024


Sesi pembentangan Kertas Usulan Penyelidikan bagi pelajar Pascasiswazah, Pusat Bahasa Bil 1/2024 telah diadakan pada 22 Mac 2024 secara dalam talian. Pelajar program Doktor Falsafah, Jane Xavierine diselia oleh YBhg. Prof. Madya Dr. Norshima Zainal Shah selaku Penyelia Utama dan YBrs Dr. Mohd Hasrul Kamarulzaman selaku Penyelia Bersama. Pelajar telah membentangkan kajian yang bertajuk Multimodality Analysis in Tik Tok Videos. Pembentangan beliau telah dinilai oleh YBrs. Dr. Ahmad Thamrini Fadzlin Syed Mohamed dan YBrs. Dr. Belinda Marie Balraj. Tahniah dan Selamat Maju Jaya diucapkan.

 

 

 KELAS BAHASA TURKI 

Kelas Bahasa Turki Siri 1/2024 telah berjaya dilaksanakan selama 3 minggu mulai 19 Feb hingga 8 Mac 2024. Kelas yang ditawarkan kepada staf UPNM dihadiri oleh 11 orang staf dari Pusat Bahasa dan Fakulti Pengajian Pengurusan Pertahanan. Pembelajaran Bahasa Turki adalah hasil kerjasama dan persetujuan Memorandum Persefahaman (MOU) di antara Yunus Emre Enstitüsü (YEE) dan UPNM. Mulai Semester 1 Sesi 2024/2024, kursus Bahasa Turki akan dimasukkan sebagai kursus bahasa asing dalam kaledar akademik.

Teşekkür ederim, hocam Bahadir.

 

 

SEMINAR PEMERKASAAN KEMAHIRAN PENYELIDIKAN

07 MAC 2024 - Siri Seminar Pemerkasaan Kemahiran Penyelidikan

 

 

 SEMINAR PEMANTAPAN BAHASA INGGERIS

28 Feb 2024 -  Seminar Pemantapan Bahasa Inggeris 2024 (English Language Enhancement Seminar 2024) telah berjaya diadakankan pada 28 Februari 2024 di Dewan Theatrette dan Dewan Bestari UPNM.

Seminar yang dihadiri seramai 540 para pelajar telah disampaikan oleh Encik Choo Wan Yat yang merupakan pensyarah Bahasa Inggeris yang berpengalaman luas. Beliau juga adalah pakar rujuk bagi Malaysia University English Test (MUET).

Seminar bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai tatacara pengendalian MUET dan teknik menjawab MUET dalam 4 elemen iaitu membaca, menulis, mendengar dan lisan.

Turut hadir adalah pensyarah dari Pusat Bahasa dan jawatankuasa pelajar Asasi. 

 

 

26-28 Feb 02024 - Final-year students undergoing the Aptis Test administered by the British Council, assisted by a team of seven proficient English language instructors serving as invigilators.

 

 

 

MESYUARAT UNIT BAHASA INGGERIS PUSAT BAHASA

26 Feb 2024 – Mesyuarat Unit Bahasa Inggeris Pusat Bahasa UPNM telah diadakan di Bilik Sanggar Ilmu dan dihadiri oleh kesemua tenaga pengajar Bahasa Inggeris.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Puan Nur Khadirah Ab Rahman, Ketua Unit Bahasa Inggeris (KUBI) membentangkan perkara berkaitan English Language Aktivities (ELA), perancangan tahun 2024, pemilihan koordinator kursus dan ujian APTIS (Assess English Test).

Turut hadir termasuklah Lt Kol Hilmi Azani Husain, Timbalan Pengarah PB dan Pn Emily Abd Rahman, Ketua Jabatan PB.

 

 

 

 

STAF PUSAT BAHASA HADIR HARI KRAF KEBANGSAAN 2024

26 Feb 2024 – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Kraftangan Malaysia telah menganjurkan Hari Kraf Kebangsaan (HKK) tahun 2024 mulai 21 Feb hingga 4 Mac 2024 bertempat di Kompleks Kraf Kuala Lumpur.

HKK bertujuan menghargai sumbangan usahawan dan penggiat kraf dalam membangunkan serta memperkasa produk kraf Malaysia. Selain itu ianya juga bertujuan untuk membantu pengusaha kraf menjana pendapatan serta meningkatkan taraf sosioekonomi mereka. Antara aktiviti menarik yang boleh diperoleh di HKK termasuklah Jualan Produk Kraf, Pameran Tokoh Kraf Negara 2024 dan lain-lain.

Sepanjang HKK berlangsung, pengunjung turut didedahkan dengan demonstrasi pembuatan produk kraf menggunakan rotan, kayu, mengkuang, ribu-ribu, tekatan, dan manik.

Seramai 4 orang staf Pusat Bahasa telah menghadiri HKK termasuklah Lt Kol Zazali, Pn Nisma, Pn Suhaila dan Pn Muna.

 

 

 

 

21 Feb 2024 - KURSUS PENYELIAAN BERKESAN

 

 

20 Feb 2024 - MESYUARAT PUSAT BAHASA BIL.1

 

 

 

14 Feb 2024 - MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA MEDIA & PUBLISITI PUSAT BAHASA