Bengkel Asas Penulisan Puisi Sempena Program Sasterawan Di Universiti@UPNM pada 02 April 2021

 

Program Bicara Santai Pusat Bahasa UPNM " Mengapa Program PB Pilihan Anda?" pada 03 Jun 2021

 

 

Program Bicara Santai Bahasa Sepanyol "Manfaatkan Peluang" pada 17 Jun 2021

 

Program Webinar Bicara Al-Quran "Al-Quran dan Kehidupan Mahasiswa" pada 30 Jun 2021

 

BICARA NOVEL (Sempena Program Sasterawan di Universiti@UPNM dan Sambutan 15 Tahun Penubuhan UPNM) - 28 julai 2021

 

Program Webinar Intelektual Bahasa "Pembelajaran dan Penguasaan Bahasa dalam Era Norma Baharu" - 30 Julai 2021 

 

Bersempena dengan “ASEAN Chairmanship in 2021” Brunei Darussalam, UBD telah menganjurkan satu program yang bertajuk “ASEAN e-Global Discovery Programme” pada 17-18 November 2021 yang lalu. Sukacita dimaklumkan bahawa pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, yang diwakili oleh Cik Ariqah Ayesha binti Ahmad Feisal dari Pusat Bahasa telah terpilih untuk menyertai sesi perkongsian ini. Objektif ASEAN e-Global Discovery Programme ini adalah untuk memperkasakan golongan belia dalam meluaskan pengetahuan dan pemahaman mereka berkenaan komuniti ASEAN. Para peserta telah berpeluang berbincang dengan penceramah jemputan dan berkongsi nilai dan budaya ASEAN dari perspektif belia. Para peserta seterusnya mempunyai gambaran lebih jelas berkenaan isu-isu penting yang dihadapi ASEAN dan mempunyai motivasi yang tinggi untuk lebih aktif menjadi sebahagian daripada komuniti ASEAN.

 

Seluruh warga Pusat Bahasa mengucapkan sekalung tahniah kepada penerima-penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Anugerah Akademik Cemerlang (AAC) pada Hari Inovasi dan Majlis Anugerah (HIMA) tahun 2021, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang diadakan pada 25 November 2021 di Hotel Tenera, Bandar Baru Bangi. Semoga kejayaaan anda menjadi inspirasi kepada Pusat Bahasa untuk terus cemerlang di masa hadapan

 

Pusat Bahasa UPNM telah mengadakan satu sesi pembentangan Kertas Usulan Penyelidikan dan Kolokium Pascasiswazah, Pusat Bahasa Siri II yang telah berlangsung pada 19 November 2021 dan 26 November 2021 melalui platform MsTeams.


Pelajar Pascasiswazah (Doktor Falsafah) yang telah membuat pembentangan Kertas Usulan Penyelidikan (Proposal Defence) ialah
a. Encik Ahmad Fahimi Amir
b. Puan Norazrina Ag Ahmad
c. Lt. Kol. Zazali Makding


Pelajar Pascasiswazah yang telah membuat pembentangan sesi kolokium ialah
a. Lt. Kol. Hilmi Azani Husain (Doktor Falsafah)
b. Cik Husna Mardhiah binti Mohamed Radzi (Sarjana)

 

Bengkel Penulisan dan Pemurnian Kertas Cadangan Geran Penyelidikan Sasaran Tahun 2022, telah diadakan pada 3-5 Disember 2021 bertempat di INTURA, Kedah

Kertas usulan penyelidikan terbaik Pusat Bahasa dimenangi oleh:

Prof Dr Norshima Zainal Shah
Puan Asniah Alias
Puan Nur Syafiqa Mohd Yazib

 

Pusat Bahasa/Language Centre, UPNM & TELaH TEACHERS WHO VOLUNTEERED FOR KNOWLEDGE TRANSFER PROGRAMME (KTP) ‘BAKING CUPCAKE WITH KINDERGARTEN STUDENTS PROGRAMME’
DATE: 9 NOVEMBER 2021
DAY: TUESDAY
TIME: 7.30 AM- 12.00PM
VENUE: TADIKA 1 MELAYU KEM SUNGAI BESI
TELaH THIRD YEAR TEACHERS
1. NUR IZATUL AZMA BINTI ZULKEFLI
2. SITI NURSYAMIZAH BT MOHD ISA
3. WAN NORSALIHAH BINTI WAN ABDUL AZIZ
4. FATIN SYAFIQAH BINTI FAIDZALY EFFINDY
5. AMIRAH HANANI BINTI NOR SHAH
6. ADANI AQILAH AZIZ BT ZAINAL ELIAS
7. NURAFNI BINTI MOHD NOR
8. MUHAMMAD IZZUDDIN BIN MOHD RADZI
9. MUHAMAD NOOR YUSHRIEYMAN BIN YUSAINI
10.YOGENDRAN PILLAI A/L SUBRAMANIAM
11. NOOR AIMAN FIRDAUS BIN NOORAZMAN
TELaH SECOND YEAR TEACHERS
1. UMMI NADIA BINTI MOHD RODZI
2. HUTHARSHINI A/P TIRUMURUGAN
3. NUR KHAIRUNISA BINTI MOKHTAR
4. AIN SOFEA BINTI SULAIMAN
5. NOR JULAIHAH BINTI MOHD PAGAL
6. EISYA NATASYA FADZLIENA BINTI RAZAK
7. NOR FARHANA BINTI MOHD NAIM
8. FATIMA ASSUAADA BINTI MOHD ASRI
9. MOHAMAD RA’ED EIJAZ BIN MOKHTAR
10.MUHAMMAD FARHAN BIN ISMAIL
11. CHEAH CHUN HONG
12.THIRUMAL A/L JAGAT HESVERAN
13.MUHAMMAD DANIEL RAFIQ BIN MAAMOR
14.MOHD HANAFI BIN MORRIS

 

MISI BANTUAN MANGSA BANJIR UPNM

21 Disember 2021 (Selasa)
Seramai 10 orang pelajar dan empat (4) orang staf dari UPNM telah mengadakan misi bantuan dengan membersihkan rumah Ustazah Nurhidayati binti Mohd Rafy, staf Pusat Bahasa di daerah Klang yang dilanda banjir.

Misi ini adalah bertujuan untuk meringankan beban keluarga Ustazah Nurhidayati dalam proses membersihkan kawasan rumah selepas banjir surut.

Rombongan diketuai oleh Pengarah Pusat Bahasa UPNM, Prof Madya Dr Norshima Zainal Shah yang menyampaikan sumbangan. Turut serta dalam misi bantuan banjir ini ialah Lt Kol Hilmi Azani bin Husain selaku Timbalan Pengarah, pensyarah Dr. Najjah Salwa binti Abd Razak, Puan Masdini Harina binti Abd Manan dan sepuluh (10) orang pelajar yang mewakil Persatuan Mahasiswa Bahasa dan Komunikasi (PMBK) dan Persatuan Bahasa Arab (PBA).

#BantuanBencanaUPNM2021
#UPNMPrihatin
#KitaJagaKita
#KeluargaMalaysia
#sayangiupnmkita
#ukkupnm

 

UPNM menyerahkan sumbangan kepada DUN Johol, Negeri Sembilan

30 Dis 2021 (Khamis). Bagi meringankan beban mangsa-mangsa banjir, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah menyerahkan sumbangan sebanyak 500 kampit beras dan 500 kotak makanan kepada Puan Suzlyana binti Mahayuddin wakil kepada YB ADUN Johol. Seramai 6 staf dan 15 pelajar UPNM diketuai oleh Lt Kol Zazali Makding terlibat dalam acara penyerahan sumbangan yang telah dilaksanakan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.