- Details
- Bil. Capaian: 38
UPNM menyokong penuh pelaksanaan Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026-2035 yang dilancarkan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri sempena Majlis Peluncuran Rancangan Pendidikan Negara 2026-2035.
Komitmen UPNM adalah jelas. Memacu kesarjanaan, membina kepimpinan masa hadapan dan menyumbang kepada kekuatan serta kedaulatan negara.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
- Details
- Bil. Capaian: 77
21 JANUARI 2026 | KUALA LUMPUR: Sehari selepas peluncuran Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026-2035, UPNM hari ini menyertai Majlis Peluncuran Dasar Industri Pertahanan Negara (DIPN) yang disempurnakan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim di MITEC.
Dua hari berturut-turut, dua dasar nasional utama. Satu membentuk modal insan masa hadapan. Satu lagi memacu kekuatan industri pertahanan negara. Dan di persimpangan kedua-duanya, berdirilah UPNM.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Kehadiran Naib Canselor UPNM, Lt Jen Datuk Wira Arman Rumaizi bin Hj Ahmad bersama barisan penyelidik universiti menegaskan peranan UPNM sebagai universiti pertahanan tunggal negara yang menyambungkan agenda pendidikan tinggi (RPTM) dengan agenda keselamatan dan industri pertahanan (DIPN).
RPTM menyediakan bakat, kepakaran dan kepimpinan masa hadapan. DIPN menyediakan ekosistem, teknologi dan keupayaan industri. UPNM pula membina jambatan antara kedua-duanya melalui kesarjanaan strategik, penyelidikan pertahanan, inovasi dan pembangunan kepimpinan.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
- Details
- Bil. Capaian: 212
19 JANUARI 2026 | UPNM: Hari ini menjadi satu detik penting apabila warga UPNM berhimpun dalam Town Hall Teras Strategik: Tadbir Urus UPNM30 di Dewan Zulfaqar menyatukan kefahaman, menyelaras pelaksanaan dan memperkukuh asas tadbir urus universiti secara telus dan berintegriti.
Sesi ini dipimpin oleh Naib Canselor UPNM, Lt Jen Datuk Wira Arman Rumaizi bin Hj Ahmad, dan dipacu oleh Ketua Teras Strategik Tadbir Urus, Puan Fazielah binti Mohamad, Pendaftar, sebagai teras memastikan pelaksanaan UPNM30 digerakkan secara tersusun, telus dan berteraskan nilai.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |

Kerana tadbir urus bukan sekadar proses. Ia asas kepercayaan. Ia ruang keputusan dibuat dengan data, nilai dan hikmah. Dan di sinilah strategi UPNM30 digerakkan secara teratur dan mampan.
UPNM30 hanya mampu direalisasikan apabila setiap warganya, pensyarah, staf, mahasiswa dan kepimpinan bergerak dalam kompas yang sama, saling menyokong dan berkongsi amanah.

![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
- Details
- Bil. Capaian: 22
20 JANUARI 2026 | PUTRAJAYA: UPNM menyatakan sokongan penuh terhadap peluncuran Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026-2035 yang disempurnakan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Dewan Perdana, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini.
Majlis peluncuran tersebut turut dihadiri Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, bersama barisan kepimpinan tertinggi negara serta wakil institusi pengajian tinggi, menandakan bermulanya satu fasa baharu transformasi pendidikan tinggi nasional bagi tempoh sepuluh tahun akan datang.
Sebagai institusi berteras ketenteraan, pertahanan dan keselamatan, UPNM melihat RPTM sebagai landasan penting dalam memperkukuh pembangunan modal insan pertahanan negara, khususnya dalam menghadapi cabaran keselamatan global, ancaman bukan tradisional, kemajuan teknologi serta perubahan landskap geopolitik yang semakin kompleks.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Penyertaan delegasi UPNM yang diketuai Naib Canselor, Lt Jen Datuk Wira Arman Rumaizi bin Hj Ahmad bersama barisan Pengurusan Tertinggi, pensyarah dan mahasiswa menegaskan komitmen universiti itu untuk menjadi rakan strategik KPT dalam menjayakan transformasi pendidikan tinggi negara.
Menurut beliau, transformasi pendidikan tinggi yang digariskan melalui RPTM selari dengan mandat UPNM dalam melahirkan graduan pertahanan yang bukan sahaja cemerlang akademik, malah berdisiplin, berkarakter, berdaya tahan dan memiliki keupayaan kepimpinan strategik.
“Dalam dunia yang semakin mencabar, pendidikan pertahanan tidak boleh bersifat teori semata-mata. Ia mesti melahirkan pemimpin yang memahami strategi, keselamatan dan kepimpinan sebenar demi memastikan kedaulatan negara terus terpelihara,” katanya.
RPTM yang berteraskan nilai kemanusiaan, kesejahteraan holistik, kemakmuran bersama dan kemampanan generasi masa hadapan turut dilihat seiring dengan aspirasi UPNM30: Memacu Kesarjanaan, Kepimpinan Masa Hadapan yang menjadi teras transformasi universiti menjelang tahun 2030.
- Details
- Bil. Capaian: 430
PUTRAJAYA, 13 Januari 2026 – Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) memeterai Perjanjian Bekalan Tenaga Boleh Baharu bagi pelaksanaan Projek Sistem Tenaga Solar di kampusnya, sekali gus menjimatkan kos bil elektrik tahunan sekitar RM1.3 juta.
Perjanjian tersebut dimeterai antara UPNM, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Synergy Generated Sdn. Bhd. dalam satu majlis di Putrajaya, melibatkan pembangunan sistem tenaga solar di beberapa lokasi strategik kampus bagi tempoh 21 tahun.
Naib Canselor UPNM, Lt Jen Datuk Wira Arman Rumaizi bin Hj Ahmad berkata, inisiatif ini bukan sahaja meningkatkan kecekapan kos operasi universiti, malah memperkukuh daya tahan institusi selari dengan aspirasi Pelan Strategik UPNM30 dan agenda keselamatan tenaga negara.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |

Selain penjimatan kos, projek ini turut menyediakan dana penyelidikan RM50,000 setahun, peluang latihan industri kepada pelajar serta pendedahan teknologi tenaga boleh baharu kepada staf universiti.
UPNM yakin projek ini mampu menjadi model rujukan kepada institusi pendidikan tinggi lain dalam mengimbangi keperluan ekonomi, kelestarian dan pembangunan modal insan.
More Articles ...
- Kursus Ketahanan Nasional 2026: UPNM Terus Jadi Rakan Akademik Utama ATM.
- UPNM Salur Bantuan Pendidikan kepada Pelajar, KDN Sumbang Bakul Makanan kepada Warga Kampus
- Atlet dan pasukan UPNM yang mencatat prestasi cemerlang sepanjang 2024 menerima pengiktirafan universiti.
- RM100,000 setiap sekolah: UPNM pacu impak Sekolah Angkat MADANI di Melaka.























































