- Details
- Bil. Capaian: 356
- Details
- Bil. Capaian: 21
23 November 2023 – Selaras dengan meraikan perjalan pelaksanaan inisiatif MySIP yang telah menjangkau 10 tahun menerusi sokongan erat oleh Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan syarikat, Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp), Kementerian Sumber Manusia menganjurkan Majlis Hi-Tea Anugerah Apresiasi Program Latihan Industri Berstruktur Nasional (MySIP) dengan kehadiran YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud, Timbalan Menteri Sumber Manusia.
MySIP merupakan sebuah inisiatif intervensi aktif untuk menyediakan bakat muda sedia-industri menerusi pendedahan awal kepada persekitaran pekerjaan sebelum bergraduat jaya. Intervensi ini berfokus untuk memberikan nilai tambah dan peningkatan kemahiran insaniah kepada bakat muda selaras dengan keperluan semasa pihak industri.
UPNM telah menerima Sijil Apresiasi atas sumbangan dan sokongan dalam menjayakan inisiatif MySIP bagi tahun 2022. YBhg. Dato' Dr. Junaidah bin Kamarruddin, Penolong Naib Canselor (Jaringan Industri dan Perhubungan Korporat) telah mewakili UPNM bagi menerima sijil apresiasi tersebut.
More Articles ...
- Bengkel Jawatankuasa Kerja dan Halatuju Jaringan Industri & Masyarakat Universiti Awam
- Dato' Dr. Junaidah Kamarruddin telah dijemput sebagai Guest Speaker di 6th/16th International Health Administration Congres di Erbakan University. Konya, Turki.
- Unit Program Kolaborasi Industri (ICP)/OFFSET
- Unit Jaringan Industri dan Masyarakat