26 FEBRUARI 2026 | UPNM: UPNM menganjurkan Majlis Berbuka Puasa dalam suasana penuh ukhwah, menghimpunkan barisan kepimpinan universiti, pelajar dan staf UPNM bersama tetamu kehormat.
 
Majlis ini turut diserikan kehadiran Laksamana Tan Sri Dato’ Setia (Dr.) Mohd Anwar bin Hj Mohd Nor (Bersara), Pro-Canselor UPNM serta Tan Sri Dato’ Seri Syed Azman bin Syed Ibrahim, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU) UPNM merangkap Pengarah Urusan Kumpulan The Weststar Group.
 
 
Istimewanya, kehadiran keluarga besar Weststar di kampus mencerminkan sinergi unik antara dunia industri dan akademik berkongsi rezeki, memperkukuh silaturahim dan menyemai nilai kemanusiaan.
 
Saat azan Maghrib berkumandang, seluruh hadirin berbuka bersama sebelum meneruskan solat berjemaah. Kehadiran Jen Datuk Hj Malek Razak bin Sulaiman, Panglima Angkatan Tentera bagi menunaikan solat Tarawih di Masjid UPNM menambahkan lagi makna dan kebersamaan malam Ramadan tersebut.