- Details
- Bil. Capaian: 81
8 JANUARI 2025 │ SUNGAI BESI: Pada hari ini telah berlangsung Majlis Penutup Program Kiambang Merah iaitu Program Kesedaran Kesihatan Seksual dan Reproduktif di PPR Raya Permai, Sungai Besi. Program ini adalah di bawah tajaan Kementerian Kewangan Malaysia melalui Geran UniMadani bagi tujuan Pendayaan Komuniti Setempat.
Melalui program Kiambang Merah juga, sebuah inisiatif Keusahawanan Sosial yang berdaftar dengan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi telah ditubuhkan. Produk sulung yang dihasilkan ialah ‘Kiambang Care’, iaitu tuala wanita guna semula. Produk ini bukan sahaja dapat menjana ekonomi penduduk setempat, malah membantu membasmi masalah kemiskinan haid dan menyumbang kepada kelestarian alam sekitar berbanding penggunaan tuala wanita pakai buang.
Tim Kiambang Merah yang diketuai oleh Dr. Nor Faiza Mohd. Tohit beserta pasukannya iaitu Dr. Siti Athirah Zafirah Abdul Rashid, Dr. Nur Adnin Ahmad Zaidi dan Puan Wan Farizatul Shima Wan Ahmad Fakuradzi dari Fakulti Perubatan dan Kesihatan Pertahanan (FPKP), UPNM telah turut menerbitkan sebuah artikel dalam jurnal berwasit berkaitan inisiatif keusahawanan sosial ini.
Turut hadir ialah Prof. Dato’ Ts. Dr. Ahmad Mujahid bin Ahmad Zaidi Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Mej Jen Dato' Dr. Kwong Fook Wen (Bersara), Penolong Naib Canselor (Jaringan Industri dan Perhubungan Korporat) dan barisan pegawai kanan universiti.
- Details
- Bil. Capaian: 82
SUNGAI BESI, 8 Januari 2025 – Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dengan jayanya telah menganjurkan Career Fair & Internship Day UPNM 2025 yang berlangsung di Dewan Pendekar, UPNM. Karnival ini bertujuan untuk memperkasa kebolehpasaran graduan UPNM dengan membuka peluang kerjaya dan latihan industri kepada lebih 1,000 mahasiswa dan graduan daripada pelbagai fakulti. Karnival kerjaya ini merupakan inisiatif berterusan UPNM untuk menggerakkan usaha memastikan tahap kebolehpasaran (Graduate Employability – G.E) tertinggi dalam kalangan universiti tempatan.
Karnival ini memainkan peranan penting yang menghubungkan mahasiswa dengan pelbagai industri terkemuka serta membuka peluang kepada mereka untuk mendapatkan penempatan latihan industri dan peluang pekerjaan sebaik sahaja tamat pengajian. Lebih menarik, pengunjung dapat berinteraksi secara langsung dengan wakil industri, memberikan mereka kelebihan dalam memahami keperluan sebenar dunia pekerjaan. Kerjasama strategik UPNM dengan gergasi industri seperti Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), TalentCorp, Kemalak Marine, JobStreet, RHB Bank, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan syarikat-syarikat terkemuka lain telah memberi nilai tambah kepada karnival ini. Sebanyak 40 syarikat dan agensi seperti AmBank, Parkson, Radicare, Auraplex, Boustead Petroleum dan United Malayan Land turut hadir dengan menawarkan lebih 500 peluang pekerjaan dan latihan industri dalam pelbagai sektor. Majlis ini turut diserikan dengan pelantikan rasmi wakil pelajar UPNM sebagai UPNM MyNext Campus Ambassador TalentCorp dan UPNM JobStreet Career Ambassador sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh hubungan industri-universiti serta membuka lebih banyak laluan kolaborasi pada masa hadapan.
Pada kali ini juga, turut diberikan penghargaan melalui penyampaian Sijil Pengiktirafan Pencapaian Kebolehpasaran Graduan (G.E) kepada fakulti dan pusat pengajian yang memperoleh pencapaian 90% ke atas kebolehpasaran graduan (G.E) pada tahun 2023, yang disempurnakan oleh Kol Prof. Dr. Khairol Amali bin Ahmad (B), Timbalan Naib Canselor (HEP & Alumni), Hal Ehwal Pelajar & Alumni UPNM. Turut sama dalam majlis ialah Naib Canselor, YBhg. Lt Jen Datuk Mardzuki bin Muhammad, yang singgah beramah mesra bersama pelajar dan wakil industri. Inisiatif ini mencerminkan komitmen UPNM dalam mempersiapkan graduan bukan sahaja dengan ilmu akademik, tetapi juga dengan kemahiran dan pengalaman praktikal yang relevan dengan keperluan industri semasa.
Antara tarikan lain program ini adalah kaunter semakan resume, booth kaunseling kerjaya, mini games oleh PERKESO, minuman dan ais krim secara percuma yang diadakan untuk mahasiswa yang berkunjung. Program yang berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang ini dimeriahkan dengan cabutan bertuah yang ditaja oleh pelbagai industri yang hadir. Dengan pelbagai inisiatif ini, UPNM terus mengorak langkah sebagai sebuah institusi yang komited untuk melahirkan graduan berdaya saing dan bersedia menghadapi cabaran masa depan. Jelasnya, Career Fair & Internship Day UPNM 2025 bukan sahaja berjaya sebagai platform pencarian kerjaya, malah menjadi satu langkah signifikan dalam memastikan graduan UPNM lebih bersedia dan berdaya saing dalam pasaran pekerjaan.
- Details
- Bil. Capaian: 1932
18 - 20 Disember 2024 | PORT DICKSON: YBhg. Naib Canselor, Lt Jen Datuk Mardzuki bin Muhammad hadir merasmikan Bengkel Pemantauan Pencapaian Pelan Strategik UPNM 2024 - 2025 di Avillion Admiral Cove yang diadakan pada 18 - 20 Disember 2024. Bengkel ini diadakan bagi membuat semakan semula pencapaian dan sasaran Pelan Strategik UPNM bagi tahun 2024 - 2025 dan perancangan tahun 2026 - 2030 serta membentangkan tahap pencapaian Pelan Strategik UPNM bagi tahun 2024.
Bengkel ini turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Dr. Abdul Rahman bin Abdul Razak Shaik, Ahli LPU, YBhg. Lt Kol Prof. Dr. Victor Feizal bin Knight Victor Ernest @ Abd Shatar (Bersara), Ahli LPU, semua Pengurusan Tertinggi, Dekan-dekan Fakulti dan Pengarah-pengarah Pusat Akademik.
- Details
- Bil. Capaian: 393
24 DISEMBER 2024 │ UPNM: Hari ini UPNM telah menerima Lawatan Sambil Belajar daripada 18 orang delegasi Rabdan Academy, UAE yang diketuai oleh Madam Noora Mohamed Al Hameli. Lawatan ini bertujuan untuk berkongsi pengalaman dan amalan terbaik universiti di peringkat antarabangsa, pertukaran pengetahuan dalam bidang pertahanan, keselamatan, serta persediaan menghadapi bencana dan pengurusan krisis serta program pertukaran pelajar.
YBhg. Prof. Ts. Dr. Hj Azizi bin Hj Miskon, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) telah hadir mewakili Naib Canselor bagi menyambut kedatangan delegasi. Taklimat universiti telah disampaikan oleh YBhg. Mej Jen Dato’ Dr. Kwong Fook Wen (Bersara), Penolong Naib Canselor (Jaringan Industri dan Perhubungan Korporat).
- Details
- Bil. Capaian: 159
16 – 18 DIESEMBER 2024 | UPNM - Seramai 36 orang pelajar dari SK To’ Uban, Pasir Mas, Kelantan bersama 10 orang pengiring yang terdiri dariapda Guru Besar, guru-guru serta wakil PIBG julung kalinya telah datang melawat ke UPNM dalam siri Lawatan Kecemerlangan Akademik pada 16 sehingga 18 Disember 2024 yang lalu.
Lawatan ini sebagai salah satu aktiviti maklum balas dari kejayaan pelaksanaan Program Satu Pemimpin Satu Kampung (Santuni Madani) yang dianjurkan oleh UPNM ke Mukim To’ Uban pada sebelum ini.
Banyak input dan penerangan tentang UPNM telah diberikan semasa sesi taklimat daripada pihak Urus Setia Program dan juga PPAP UPNM, di samping lawatan ke Simulator Kapal, Pusat Maritim, Muzium FPKP dan Perpustakaan PJTI. Semoga perkara yang diperjelaskan kepada murid-murid dapat menarik minat mereka untuk belajar bersungguh-sungguh, sekaligus menyuntik semangat murid-murid untuk menyambung pengajian ke peringkat menara gading khususnya di UPNM sendiri.
Selain itu, rombongan daripada SK To’ Uban ini juga meneruskan lawatan mereka sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya dan ke Melaka Bandaraya Bersejarah dengan menziarahi lokasi-lokasi yang menarik sebagai satu pengalaman memori indah dalam hidup murid-murid. Lokasi terakhir mereka sebelum bertolak pulang adalah Perhentian Gemas iaitu stesen keretapi utama Malaysia yang ditempah khas untuk pulang ke To’ Uban, Pasir Mas, Kelantan. Semoga lawatan ini memberikan manfaat dan faedah terbaik buat semua peserta rombongan.
More Articles ...
- DSA Sumbang RM400,000.00 Kepada Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Melalui DSA Scholarship Funds Untuk Anak-anak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Dan Polis Diraja Malaysia (PDRM)
- Istiadat Konvokesyen Ke-14 Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (Sidang 6)
- Istiadat Konvokesyen Ke-14 Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (Sidang 5)
- Istiadat Konvokesyen Ke-14 Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (Sidang 4)