3 Mac 2026 bersamaan 13 Ramadan 1447H menjadi detik bermakna buat UPNM apabila KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mencemar duli menyempurnakan Majlis Berbuka Puasa dan Perasmian Masjid UPNM Sultan Ibrahim.
Keberangkatan Seri Paduka Baginda diiringi paduka anakanda YAM Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor dan YAM Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Putera Johor.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Masjid ini dinamakan sempena Seri Paduka Baginda selaku Ketua Agama Islam, melambangkan penghormatan warga UPNM kepada kepimpinan Baginda yang teguh prinsipnya. Perjalanannya bermula dengan perasmian tapak pada 12 Disember 2020, diikuti pembinaan pada Mei 2022 dan siap sepenuhnya pada Jun 2024.
Dibina melalui sumbangan dana pembangunan oleh Tan Sri Dato’ Seri Syed Azman bin Syed Ibrahim, Pengerusi LPU UPNM, masjid berkonsep seni bina Islamik moden ini menelan kos sekitar RM16 juta dan mampu menampung sehingga 3,500 jemaah dalam satu masa.
Majlis perasmian kemudiannya diikuti bacaan doa oleh Sahibus Samahah Tuan Ahmad Fauwaz bin Ali @ Fadzil, Mufti Wilayah Persekutuan, sebelum Seri Paduka Baginda berkenan menunaikan Solat fardhu Maghrib berjemaah bersama para jemaah.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Hadir sama YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pertahanan, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara, Jen Datuk Hj Malek Razak bin Sulaiman, Panglima Angkatan Tentera, Pro-Canselor II UPNM serta barisan kepimpinan negara dan universiti.
Pada tahun UPNM menyambut dua dekad penubuhannya, masjid ini menjadi satu lagi mercu tanda di kampus ini, tempat jiwa dibentuk, agar kekuatan bukan hanya pada strategi, tetapi juga pada iman.
Daulat Tuanku.






















