
- Details
- Bil. Capaian: 18
21 - 24 JULAI 2025 | UPNM - Fasa Ujian Penerimaan Pengguna (UAT) yang penting bagi Sistem Maklumat Pelajar (SMP) baharu telah berjaya diselesaikan, menandakan langkah besar ke arah meningkatkan keupayaan pengurusan pelajar di Pusat Pengajian Siswazah (PPS). Sesi UAT yang diadakan dari 21 hingga 24 Julai 2025 bertujuan untuk memperhalusi proses sistem dan memastikan pengguna akhir biasa dengan ciri-ciri komprehensifnya.
Dibangunkan oleh Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), SMP baharu ini bersedia untuk merevolusikan perkhidmatan PPS kepada pelajar dan mengoptimumkan proses pengurusan dalaman dengan ketara, menjanjikan kecekapan dan kepuasan pengguna yang lebih baik. Sistem ini merupakan inisiatif utama untuk memudahkan tugas pentadbiran, permohonan hingga graduasi, akhirnya menyediakan pengalaman yang lebih lancar untuk pelajar siswazah.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Sesi UAT menyaksikan penyertaan meluas, termasuk wakil dari fakulti-fakulti dan Pejabat Bendahari, memastikan pelbagai perspektif pengguna diambil kira dalam penambahbaikan akhir sistem. Pendekatan kolaboratif ini penting dalam mengenal pasti dan menangani isu, menjamin sistem memenuhi keperluan praktikal pengguna.
Prof. Dr. Aidy Ali, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) yang juga mantan Dekan PPS, turut menghadiri salah satu sesi, menegaskan komitmen universiti terhadap projek transformatif ini.
Dengan kejayaan penyelesaian UAT, universiti kini semakin hampir untuk melancarkan sistem yang akan meningkatkan kecekapan operasi PPS dan memperbaiki pengalaman keseluruhan pelajar dengan ketara.

![]() |
![]() |
![]() |
![]() |

- Details
- Bil. Capaian: 2851
17 JULAI 2025 | UPNM: Lebih 700 pelajar UPNM penuhi Dewan Zulfaqar bukan untuk duduk diam, tapi untuk buka mata dan buka suara. YB Hannah Yeoh turun padang bukan sekadar beri syarahan, tapi peringatan.
Zaman dah berubah. Dulu kita berpersatuan, sekarang semua online. Meeting pun boleh dari telefon. Tapi scammer pun online.
Dan tak kurang juga yang terperangkap dengan kandungan yang tak sepatutnya. Mula dengan suka-suka. Lama-lama jadi ketagihan diam-diam.
Kata YB Hannah, literasi digital hari ini bukan lagi pilihan. Kita tak boleh harap anak muda “pandai sendiri”. Mereka perlu pendedahan, bimbingan supaya teknologi jadi alat, bukan jerat.

![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Dalam sesi Rakan Muda Turun Kampus, suara mahasiswa UPNM didengar.
Dan dalam sesi yang sama, termeterai Letter of Intent (LoI) antara UPNM & MSN bagi membuka lebih banyak akses pendidikan tinggi untuk atlet dan jurulatih negara menerusi Work-Based Learning (WBL) dan laluan APEL.A.
Dunia mungkin berubah. Tapi soal keselamatan, jati diri dan masa depan tetap perlu dijaga.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |

- Details
- Bil. Capaian: 3047
15 JULAI 2025 | UPNM: Susulan lawatan pertama pada 30 Jun lalu, Naib Canselor UPNM, YBhg. Lt Jen Datuk Arman Rumaizi bin Hj Ahmad kembali turun padang ke Fakulti Kejuruteraan. Kali ini dengan tumpuan khusus kepada makmal-makmal utama yang menjadi nadi kepada inovasi dan pendidikan teknikal universiti.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Dari Makmal Simulator Penerbangan, Voltan Tinggi, Struktur Berat hinggalah ke Mekanikal, setiap ruang dilawati, setiap potensi diperhatikan. Lawatan ini bukan hanya meninjau fasiliti, tetapi menyelami bagaimana ruang-ruang ini menyumbang kepada pemerkasaan ilmu, penyelidikan dan aplikasi kejuruteraan pertahanan negara, selari dengan aspirasi UPNM30.
Kerana di UPNM, makmal bukan sekadar tempat bereksperimen tetapi medan lahirnya penyelesaian masa depan.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |

- Details
- Bil. Capaian: 3033
17 JULAI 2025 | UPNM: Hijrah bukan sekadar perpindahan fizikal. Ia adalah anjakan minda dan jiwa. Dari gelap kepada terang, dari kekeliruan kepada petunjuk, dari kelemahan kepada kepimpinan.
Sempena sambutan Maal Hijrah 1447H, Pusat Islam UPNM dengan kerjasama PPZ-MAIWP telah menganjurkan Program Bicara Maal Hijrah di Dewan Bestari yang menampilkan penceramah jemputan Al-Fadhil Ustaz Haji Jafri Abu Bakar Mahmoodi.

![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Dengan menjadikan peristiwa agung Hijrah Rasulullah SAW sebagai titik rujuk, hadirin diajak merenung erti kepimpinan Islamik yang bersumberkan wahyu, kepimpinan yang berstrategi, berprinsip dan berakhlak tinggi. Bukan sekadar memimpin manusia, tetapi memimpin hati dan peradaban.
Program dimulakan dengan Kunjungan Hormat wakil PPZ-MAIWP ke atas YBhg. Lt Jen Datuk Arman Rumaizi bin Hj Ahmad, Naib Canselor UPNM.
Semoga bicara ini menjadi pemangkin untuk kita semua membina kepimpinan ummah yang lahir dari jiwa dan terarah oleh hikmah Hijrah.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |

- Details
- Bil. Capaian: 3273
14 JULAI 2025 | UPNM: Bukan sekadar laporan di atas kertas, Naib Canselor UPNM, YBhg. Lt Jen Datuk Arman Rumaizi bin Hj Ahmad hari ini turun sendiri ke Fakulti Perubatan dan Kesihatan Pertahanan (FPKP), melihat dari dekat apa yang sedang berlaku di bilik kuliah, makmal dan ruang pembelajaran.
Dari Muzium Anatomi ke Clinical Skills Lab, dari Bilik Problem Based Learning (PBL) hingga ke Makmal Penyelidikan, semua dilawati satu per satu. Bukan sekadar melihat, tetapi memahami apa yang diperlukan untuk memperkukuh lagi ekosistem pembelajaran perubatan pertahanan di UPNM.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Sesi town hall bersama pensyarah menjadi medan mendengar terus pandangan, keperluan dan harapan bukan dalam suasana formal semata-mata, tetapi dengan semangat terbuka dan inklusif.
Inilah budaya UPNM30, kepimpinan yang sentiasa bersama warga, membina universiti dengan kepercayaan dan kebersamaan.

![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |